Resipi Daging Malbari Super Sedap, Rugi Tak Cuba

Share

Resipi daging malbari sedap. Pernah makan masakan ini? Memang sedap. Sekali tengok rupanya macam daging masak hitam kan? Tapi berbeza tau. Kalau tak pernah cuba, mesti cuba, baru tahu rasanya.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh En. Ahmad Faisal ini ye. Selamat mencuba! 

Resipi Daging Malbari

Bahan-Bahan:

1kg daging (potong kecik)

½ botol kicap manis kipas udang (Botol kecik)

3 bungkus kerisik

Sedikit gula merah (anggaran seringgit, masak dengan sedikit air tapis) – boleh beli online di sini

Minyak masak

Bahan Kisar:

1 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 sudu besar rempah biji ketumbar

1 sudu besar jintan putih

2 sudu besar jintan manis

1 genggam lada kering – boleh beli online di sini

5 biji bawang merah – boleh beli online di sini

2 labu bawang besar

5 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

3 inci halia – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi dengan menggunakan  api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.

Setelah itu, masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2 jam.

Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.

Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging. Apabila daging lembut, masukkan kerisik, garam, gula dan air gula. Masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN