Resipi Daging Goreng Thai Style, Menu Special Berbuka Hujung Minggu. Sedap Giler !

Share

Daging goreng kunyit bunyinya sangat lazat dan ringkas. Namun, jika anda mahukan stail yang lebih berempah, apa kata cuba resepi daging goreng ala Thai, yang lebih banyak rencah dan pastinya lebih ‘rasa’ pada setiap gigitan.

 

RESIPI DAGING GORENG THAI STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm daging
  • 5 sudu makan biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
  • 1 sudu makan lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sudu makan sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Mentega

(Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih.. Perap 30 minit atau 2 jam)

Bahan-bahan untuk sos:

  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
  • 2 sudu makan beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sudu makan air limau nipis
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Kicap sotong / sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

CARA MEMASAK:

Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.

Kongsi resipi: Chef Azahari Abdullah

IKLAN