Resipi Daging Goreng Berempah Kering Simple, Mudah & Tak Liat

Share

Ada stok daging dalam peti sejuk tapi tak ada idea nak masak apa untuk lunch hari ni? Usah pening-pening. Mari kita cuba menu ringkas ni. Daging Goreng Rempah Kering pastinya memikat selera anda. Sesuai sangat bagi anda yang sukakan lauk yang tidak berkuah tapi penuh perisa.

 

DAGING GORENG BEREMPAH KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging ] hiris nipis
  • 1 biji bawang Holland ] hiris bulat
  • 1 batang seleri ] hiris serong
  • 3 tangkai daun kari ] lurutkan dari tangkai
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan yogurt
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis, daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.


2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu dan empuk.

4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Sebaiknya guna daging batang pinang bagi elak daging dimasak terlalu lama. Ia bertujuan untuk mendapatkan rasanya yang berjus dan lebih lembut.

 

ANDA MUNGKIN SUKA:

IKLAN