Resipi daging berlado ini antara menu wajib makan kalau singgah di restoran nasi padang. Rasa pedas sambal yang sebati dengan hirisan daging goreng memang buat kita makan bertambah.
Tapi kalau nak buat sendiri lauk ini pun boleh, sebab caranya agak mudah. Kalau cukup bahan dan rasa memang akan jadi ‘sebijik’ macam makan di restoren nasi padang. Cubalah…
500g daging – direbus dan dipotong nipis
1 batang serai – diketuk
2 helai daun salam (boleh diganti daun limau purut)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kicap manis (Kicap ABC) secukupnya
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah besar
Cili padi merah secukupnya (ikut tahap kepedasan)
Sedikit cili padi hijau
1 biji tomato
2 biji buah keras – digoreng tanpa minyak
Sedikit belacan
1. Perap daging yang telah dipotong dengan kicap manis selama 15-20 minit.
2. Goreng daging sekejap saja (goreng manja) hingga sedikit perang. Angkat dan ketepikan.
3.Dalam minyak yang sama, goreng semua bahan kisar sehingga layu. Kemudian angkat dan tos minyak.
4.Tumbuk bahan goreng tadi kasar-kasar, kemudian ketepikan.
5. Panaskan minyak tumis serai dan daun salam sehingga naik bau.
6.Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga pecah minyak serta sedikit kering.
7.Masukkan daging yang digoreng tadi, gaul rata dan masak hingga sebati.
8.Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
9.Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.
Kredit Resipi & Foto: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA