Resipi Daging Bakar Rimau Menangis Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Share

Sajian Daging Bakar Rimau Menangis ni nampak lembut, moist dan sangat sedap. Berbanding resipi-resipi yang RASA kongsi sebelum ni, resipi perkongsian saudari Norul Azmah ni nampak lebih mudah dan cepat masak. Sos pencicahnya pun begitu menyelerakan. Jom cuba. Pasti puas hati.

CARA MASAK DAGING BAKAR RIMAU MENANGIS

BAHAN-BAHAN:

  • Daging secukupnya – bersihkan

BAHAN PERAP:

BAHAN SOS:

  • 2 ulas bawang putih – tumbuk hingga lumat
  • Cili padi secukupnya – tumbuk hingga lumat
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Gula perang secukupnya
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Hirisan daun ketumbar secukupnya
  • Hirisan cili padi secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Bersihan daging dan toskan airnya.

2. Masukkan bahan perapan ke dalam bekas daging dan lumur rata. Perap semalaman.

3. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar daging selama 30 minit atau hingga masak.

4. Bila masak, rehatkan daging seketika sebelum dihiris.

5. Untuk sos, satukan semua bahan dan ubah suai rasa mengikut cita rasa dan selera anda.

6. Daging Bakar Rimau Menangis dan sos sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norul Azmah

 

Dapatkan PEMANGGANG ELEKTRIK pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.

 

Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN