Resipi Cucur Kucai Udang Mudah & Sedap Sukatan 1 Kg Tepung.

Share

Sedapnya Cucur Kucai Udang ni. Kalau buat untuk minum petang memang sesuai sangat. Resipi yang sangat simple ini adalah perkongsian saudari Norhaniza Kamaruddin dan digunakan untuk niaga. Katanya memang laris. Bagi anda yang nak cuba boleh salin resipi di bawah ni. Malah kalau nak buat dalam jumlah yang sedikit, bolehlah bahagikan adunan bahan. Senang sangat. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK CUCUR KUCAI UDANG PALING MUDAH & SEDAP

SUKATAN 1 KG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 1/2 paket ibu roti @ mauripan @yis
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 ikat kucai
  • Tauge – dalam RM1
  • 1 biji telur – pilihan. Jika tiada, boleh abaikan.
  • Udang kertas secukupnya
  • Air masak – kuantitinya agak-agak dengan jumlah tepung

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali kucai dan udang) di dalam bekas bersesuaian. Adun sebati hingga tak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
2. Tambahkan kucai dan udang. Gaul sekali lagi hingga sebati.


3. Biar adunan selama 30 minit sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng bancuhan cucur tadi hingga garing.


5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Norhaniza Kamaruddin

IKLAN