Resipi Cucur Ketam Crispy Mudah Dan Ketagih!

Share

Bosan asyik buat cucur biasa yang ada bawang dengan ikan bilis je, anak-anak pun mesti dah bosan, apa kata cuba resipi dari Cik Dayang Zuhaila ni untuk minum petang nanti gerenti habis licin cucur ketam crispy ni. Tak perlu sediakan bahan yang mahal pun, semua bahannya mudah didapati di semua kedai runcit ataupun pasaraya. Haa jomlah cuba resipi cucur ni.

CUCUR KETAM CRISPY

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum – BELI DI SINI

250gm/1paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci) – BELI DI SINI

1 biji bawang besar (dihiris nipis) – BELI DI SINI

100gm taugeh

100gm lobak merah (disagat) – BELI DI SINI

50gm daun kucai

2 cawan air

1 1⁄2 sudu teh baking powder – BELI DI SINI

Garam

Gula

Secukup rasa

Minyak secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan kesemua bahan diatas dan kacau rata.

2. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati. Adunan mesti lah tidak

terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.

3. Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20minit.

4. Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan

menggunakan api yang sederhana.

5. Sedia untuk dihidang. Rangup diluar. Lembut didalam.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Cik Dayang Zuhaila

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN