Resipi Creme Brulee Lemak Berkrim Ala Kayangan Yang Wajib Anda Cuba

Share

Sebut sahaja Creme Brulee, pasti anda sudah membayangkan keenakan rasanya yang lemak berkrim. Jika anda mahu mencuba resipi Creme Brulee yang mudah dan sedap, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Lina Thomas menerusi akaun Facebooknya.

Creme Brulee ala Kayangan

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan heavy whipping cream
  • 3/4 cawan gula
  • 8 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 7 sudu teh gula, untuk topping
  • Air mendidih untuk ‘water bath’

 

CARA-CARA:

1. Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.

2. Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biar kan suam sebentar, ketepikan.

3. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.

4. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.

5. Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins. (water bath)

6. Bakar selama 60 – 55 minit

7. Biarkan dia dalam oven selama 20 minit. Hati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.

NOTA:

Custard ni boleh disediakan sehari hari lebih awal atau awal pagi dan sejuk kan dalam chiller.

 

UNTUK TOPPING:

Taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh dihidangankan.

KREDIT RESIPI & FOTO: LINA THOMAS

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN