Resipi Creamy Chicken Mushroom Yang Lazat & Berkrim

Share

Kalau anda tengah mencari lauk yang sedap, berkrim dan penuh rasa umami, wajib cuba Creamy Chicken Mushroom ni! Campuran ayam perap dengan sos roasted sesame dan kuah berkrim penuh dengan cendawan serta sayur-sayuran yang segar menjadikan hidangan ini sebagai satu hidangan yang sihat. Selain nasi, Creamy Chicken Mushroom ni boleh dimakan bersama pasta. Jom cuba!

CREAMY CHICKEN MUSHROOM

 

Bahan-bahan:

  • 2 bahagian isi dada Ayam
  • Kewpie Roasted Sesame
  • 1 sudu kecil garlic powder
  • 1 sudu kecil serbuk paprika

*Marinate ayam selama 30 minit

 

Kuah Garlic Mushroom :

  • 2 sudu besar mentega
  • 5 ulas bawang putih
  • ¼ biji bawang holland
  • 6-8 swiss brown mushroom
  • ½ cawan Cooking Cream
  • 1/3 cawan air
  • 1 genggam baby spinach
  • Secukup garam & pepper
  • 1 sudu kecil garlic powder
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • ½ cawan tomato ceri

Cara Memasak:

  1. Ambil ayam dan hiris ayam. Make sure jangan hiris sampai habis, setengah saja.
  2. Perapkan ayam bersama Kewpie Roasted Sesame, serbuk bawang putih dan serbuk paprika. Gaul sebati dan perap selama 30 minit.
  3. Di dalam kuali, cairkan mentega dan goreng ayam. Flip beberapa kali sehingga ayam bertukar warna golden brown. Angkat.
  4. Di dalam kuali yang sama, masukkan bawang holland dan bawang putih. Tambahkan cendawan dan cooking cream serta sedikit air. Gaul rata.
  5. Tambahkan baby spinach, perasakan dengan garam, pepper, garlic powder, serbuk paprika, jus lemon dan tomato ceri. Kacau seketika lalu masukkan ayam tadi. tambahkan lebihan kuah semasa menggoreng ayam tadi.
  6. Bila ayam dan kuah dah sebati, boleh tutup api dan Creamy Chicken Mushroom sedia untuk dihidangkan.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma