Makan

Resipi Creampuff Inti Kastard Yang Sedap, Ikut Sukatan Ini Dapat 30 Biji

Share

Siapa saja yang tak suka makan creampuff, lagi sedap inti kastard. Sesuai buat hidangan petang ataupun jamuan. Kalau mencari-cari resipi creampuff yang kuantitinya sesuai dimakan seisi keluarga boleh guna resipi perkongsian Puan Izz Aishah.

Satu bancuhan akan dapat 30 biji creampuff. Rasanya sedap, jangan bimbang sebab empunya resipi ini adalah peniaga creampuff sebelum ini.

Resipi creampuff kastard, sukatan 30 biji

Bahan-bahan :

250 ml air
100 gram marjerin ( Pelangi)
125 gram tepung gandum
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat :

1. Masukkan air dan marjerin dalam periuk,masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih .

2. Dah mendidih tutup api dan masukkan tepung kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk.

3. Biarkan sampai tepung suam, kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Putar guna mixer sampai semua sebati .

4. Sapukan loyang dengan marjerin.

5. Masukkan adunan tadi dalam piping bag paipkan dalam loyang. Jarakkan kerana creampuff akan mengembang. Dah siap spray dengan air.

6.Bakar suhu 180c selama 35 minit.

Bahan-bahan (Custard Filling) :

250 ml susu cair/susu full cream
3 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula (boleh kurangkan)
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat :

1.Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla dan buka api perlahan.

2.Masak sampai filling mendidih dan kental. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap .

3. Boleh taburkan snow powder jika suka.

Selamat Mencuba!

Sumber : Izz Aishah

 

 

IKLAN