Resipi colek kaki ayam, kalau tak pernah makan kena cuba. Sebabnya ia antara cara masak kaki ayam yang sedap.
Selain itu paling penting bahagian kaki ayam ini kaya kandungan kolagen, asid hyaluronic, protein dan mineral yang menyokong kesihatan kulit, rambut, kuku, sendi, dan tulang.
Kolagen dan asid hyaluronic ini turut digelar ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan-kesan penuaan. Kalau suka makan tak mustahil nampak awet muda walau dah berusia.
Namun sebelum masak kaki ayam paling utama adalah membersihkan dan memasaknya dengan betul untuk mengelakkan bakteria dan menjaga khasiatnya.
Resipi Colek Kaki Ayam
Bahan-bahan
30 batang kaki ayam (bersih, rebus dengan halia & asam keping untuk hilangkan bau)
2 biji cili besar
12 biji cili padi (merah & hijau)
8 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar cuka makan
1/4 keping nisan (boleh ganti gula melaka)
Garam, gula & perasa secukup rasa
Daun ketumbar (hiris untuk hiasan)
Ads
Cara Penyediaan Colek Kaki Ayam
1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih hingga halus.
2. Tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik bau.
3. Masukkan kicap manis dan sos ikan, gaul rata.
Ads
4. Masukkan kaki ayam yang telah direbus, kacau hingga sebati.
5. Tambahkan cuka, garam, gula serta nisan. Perasakan ikut cita rasa.
6. Masak hingga kuah mendidih dan sebati dengan kaki ayam.
Ads
7. Siap untuk dihidangkan. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
Tip
Kalau suka lebih pedas, tambah lagi cili padi dalam kisaran.
Untuk rasa lebih kaya, boleh tambah sedikit air rebusan kaki ayam ke dalam kuah.
Colek ini sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih atau roti.
Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
1 biji bawang holland-dicincang
1 labu bawang putih-dicincang
6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
1 sudu besar taucu
1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
1 batang daun bawang-dihiris
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
INFO:
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
Suka makan masakan India? Kalau ya, anda boleh cuba menu Ayam Varuval; resipi perkongsian saudari Kalaivani Krishnasamy. Menurut Kalai, resipi ini adalah gaya masak cara keluarganya. Varuval ni membawa maksud garing. Nampak sedap kan? Jom cuba!
AYAM VARUVAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil
1 inci halia – tumbuk lumat
6-7 ulas bawang putih – tumbuk lumat
1 sudu makan serbuk kunyit
2 susu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
BAHAN VARUVAL
4 sudu makan jintan manis
15 ulas bawang putih – hiris
2 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
5-6 tangkai cili kering – dibersihkan
3 biji bawang besar – letak lebih lagi sedap
Sedikit pes halia bawang putih ( 1cm halia, 3-4 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat)
1 biji tomato – dipotong
Serbuk cili @ cili kisar secukupnya – jika guna serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama halia tumbuk, bawang putih tumbuk, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam Gaul rata dan biarkan 1 jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan.
3. Seterusnya untuk menyediakan varuval, panaskan minyak dan goreng jintan manis hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian masukkan bawang putih, cili kering dan daun kari. Goreng juga hingga wangi. Angkat.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis pes halia bawang putih, tomato dan bawang besar. Masak hingga bawang berubah warna.
6. Seterusnya masukkan serbuk cili kering babas atau cili kering kisar pun bole Tambah ikut citarasa masing-masing. Varuval ni tak boleh pedas sangat nanti tak sedap. Masak guna minyak sahaja dan jangan letak air. Air dari bawang tu pun dah cukup. Sebab tu bawang kena letak lebih.
7. Tambah garam dan gula.Tunggu sampai garing dan pecah minyak. Varuval kena garing dan rasa manis-manis sedikit.
8. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
9. Masukkan ayam. Gaul. Jika kurang rasa, tambah perasa secukupnya.
10. Siap untuk dinikmati. Boleh tabur daun pudina atau daun ketumbar sebelum dihidang.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.