Resipi Churros Istimewa, Ini Caranya Hasilkan Bentuk Cantik

Share

Resipi membuat churros ni bukan lagi baru, namun ia tetap mendapat tempat di kalangan orang Malaysia.

Bukan sekadar orang dewasa yang menyukainya tetapi kanak-kanak pun sangat meminatinya.

Jadi, apa kata kita buat resipi churros istimewa daripada saudari Keroroyz Royz yang tampak sangat menyelerakan ini.

CHURROS

(hidangan untuk 4-5 orang menggunakan sumber asal cookingclassy.com)

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum serbaguna – beli online di sini
1 cawan air
1/4 cawan (56g) mentega
1 sudu besar gula (terpulang nak pakai atau tidak, tapi saya tak masukkan)


1/4 sudu teh garam
1 biji telur saiz besar (saya gunakan 3 biji)
1/2 sudu teh esen vanila (saya guna 1 sudu teh)
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:

1/2 cup gula kastor – beli online di sini
3/4 sudu teh serbuk kayu manis

CARA-CARA:

1. Campur sebati bahan-bahan salut di dalam piring dan ketepikan.


2. Di dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng.
3. Di dalam periuk yang sesuai, masukkan air, mentega, gula dan garam. Kacau hingga mendidih dan mentega menjadi cair.


4. Masukkan tepung, kecilkan api dan kacau dengan spatula/senduk kayu hingga adunan sebati dan tidak melekat di periuk dan spatula.


5. Tutup api dan alihkan periuk dari dapur. Sejukkan adunan selama 5 minit. Masukkan telur dan esen vanila. Jika lebih dari sebiji masukkan sebiji demi sebiji. Kacau hingga adunan lembut dan licin. Guna hand mixer

lebih mudah.


6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle star tip sebesar 1/2 inc. Pipekan adunan sepanjang 6 inc ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Guna gunting untuk memutuskan adunan ke dalam kuali.


7. Goreng hingga kuning keemasan selama 4 atau 5minit sambil balik-balikkan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur. Kemudian salutkan dengan campuran gula dan kayu manis.


8. Ulang hingga adunan habis. Sedap dimakan bersama chocolate ganache atau sos karamel.

Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN