Resipi Chizza Ayam Homemade Sedap Untuk Makan Malam

Share

Belum ada idea nak masak apa untuk makan malam? Boleh cuba resipi Chizza Ayam Homemade ni. Pasti memikat selera suami dan anak-anak. Sajian bak dari restoran terkenal. Tetapi sebenarnya hanya disediakan di rumah sahaja menggunakan bahan-bahan mudah dan ringkas. Saiz besar, boleh juga letak bahan-bahan premium. Memang puas makan! Nak cuba buat Chizza Ayam ni? Resipi perkongsian saudari Yumni Syazwani

ni memang terbaik! Nampak sangat sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MEMBUAT CHIZZA AYAM HOMEMADE

BAHAN AYAM:

  • Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipis
  • Tepung bestari ( pedas) beli online disini

CARA-CARA:

  1. Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
  2. Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.

TOPPING:

  • Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat. beli online disini
  • Nanas dalam tin beli online disini
  • Tomato
  • Lada benggala merah
  • Keju mozzarella parut beli online disini
  • Chilli flakes beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.

2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.

3. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Yumni Syazwani‎ 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN