Makan

Resipi Chicken Pot Pie Buat Guna Puff Pastri Segera

Share

Chicken Pot Pie ada pelbagai resipi yang boleh kita cari di atas talian. Ada yang susah, ada yang mudah. Bagi kita yang tak cukup masa tapi nak makan yang sedap-sedap, boleh cuba resipi Chicken Pot Pie perkongsian saudari Nur Aisyah. ‘Simple’ je tapi enak dan mengenyangkan. Jom cuba! Anda pasti suka.

CARA MEMASAK CHICKEN POT PIE GUNA PUFF PASTRI SEGERA

BAHAN-BAHAN:

4 keping dada ayam – lap guna tisu hingga kering

BAHAN PERAPAN AYAM:

Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnyabeli online disini


Serbuk paprika secukupnyabeli online disini
Serbuk bawang / onion powder secukupnya
Serbuk bawang putih / garlic powder secukupnya beli online disini
Rosemary atau thyme kering secukupnya beli online disini
Minyak secukupnya

BAHAN-BAHAN PAI:

1 paket puff pastry segera
1 tin Campbell’s Cream of Chicken
Susu segar
Sayur campur sejukbeku
Isi ayam carik
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan dada ayam dan lap guna tisu hingga kering.
2. Campurkan bahan perapan dan lumut pada isi ayam. Perap seketika. Sukatan bahan bergantung pada saiz ayam yang digunakan.
3. Oles sedikit minyak pada ayam dan susun ayam dalam air fryer atau ketuhar.
4. Bakar pada suhu 180C selama 12 minit. Bila ayam sudah masak, carikkan isinya.
5. Dalam mangkuk berlainan, satukan bahan-bahan pai kecuali puff pastri.
6. Gaul hingga sebati. Pastikan rasa bancuhan jadi secukup rasa. Jadi cuba dahulu untuk pastikan rasanya kena dengan selera masing-masing. Pastikan juga bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit.
8. Ambil bekas yang sesuai, tuang bancuhan sayur campur tadi.
9. Kemudian, tutup permukaan dengan puff pastry. Sapu kuning telur hingga rata.
10. Bakar selama 40-50 minit atau hingga pastri berwarna kuning keemas an.
11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Aisyah

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina