Resipi Chicken Nugget Stick. Snek Sedap & Mudah Untuk Anak-Anak

Share

Chicken Nugget Stick ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Resipinya cukup mudah malah tidak menggunakan banyak bahan. Maklumlah anak-anak memang suka makan nugget. Kalau beli, kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Saudari Nurul Natasya Abidin ada kongsikan resipinya. Memang berbaloi untuk cuba.

CARA BUAT CHICKEN NUGGET STICK

BAHAN-BAHAN:
Isi ayam bahagian dada – kisar
Daun sup – cincang halus
Lobak merah- cincang halus
2 sudu makan tepung ubi
5 sudu makan tepung gandum
Garam secukupnya
Lada sulah secukupnya

BAHAN SALUTAN:
5 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
Telur – dipukul

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan diatas dan sebatikan.


2. Ceduk adunan dan kepalkan pada batang aiskrim, chopstick atau lidi. Tetapi jika adunan susah melekat, bulatkan adunan guna sudu kemudian rebus terlebih dahulu. Kemudian barulah dicucuk pada lidi. Bekukan nugget yang telah dicucuk tadi.


3. Bila sedia untuk digoreng, celup nugget dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan campuran tepung gandum serta tepung jagung.
4. Goreng dalam minyak panas hingga garing keemasan.


5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Abidin

 

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/hofu-shiitake-mushroom-crisps-salted-egg-60g-x3-20076437?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Hofu Shiitake Mushroom Crisps Salted Egg 60G X3[/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN