Resipi Cendol Tradisi, 100% Guna Pandan Asli Tanpa Pewarna Tiruan

Share

Sedapnya kalau dapat makan Cendol tradisi sejuk-sejuk terutamanya dikala cuaca panas. Mudah sahaja caranya untuk membuat minuman ini secara homemade. Cendolnya diperbuat daripada kisaran daun pandan asli tanpa pewarna tiruan. Memang lebih sedap rasanya. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Saudari Nana Sabrina Sarsan ada kongsikan caranya. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.

 

CARA MEMBUAT CENDOL TRADISI YANG MUDAH & RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan air dan daun pandan. Kisar kedua bahan ini kemudian toskan.

2.Buat bancuhan kapur. Jika kapur masih dalam bentuk serbuk atau cecair, cara dia adalah ambil ½ sudu makan kapur dan bancuh dengan 3 sudu makan air. Untuk buat cendol hanya ambil 2 sudu makan air kapur sahaja. Jangan guna semua.

3. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk. Kacau sebati.

4.Hidupkan api dapur. Masak guna api perlahan dan kacau sampai adunan berkilat.

5. Cetak cendol menggunakan acuan cendol dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.

 

NOTA:

  • Pastikan adunan cendol tidak dimasak terlalu sekejap. Masak sehingga adunan berkilat menggunakan api perlahan.
  • Jika mahu warna hijau cendol lebih terang, lebihkan daun pandan.

 

 

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN