Resipi Cekodok Jejari Kentang Sedap & Paling Simple.

Share

Sedapnya Cekodok Jejari Kentang. Di musim PKPB macam sekarang ni, anak-anak pastinya asyik nak makan je. Jadi bolehlah cuba buat kudapan mudah ni untuk minum petang. Kalau buat dan masa menonoton tv pun best. Bahan-bahan sangat mudah dan boleh dipelbagaikan ikut bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Bestkan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Eyda Rohaidah

ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK CEKODOK JEJARI KENTANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji ubi kentang – kupas kulit
  • Tepung gandum secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang merah – hiris halus
  • Cili padi secukupnya – jika suka pedas
  • Daun kucai dan tauge – jika suka, boleh masukkan.
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Sagat ubi kentang halus-halus. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian.

2. Masukkan tepung gandum secukupnya ( jangan terlalu banyak), serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga tambahkan sebiji telur.

3. Gaul semua bahan hingga rata. Air jangan letak banyak. Cukup sekadar secukupnya sahaja.

4. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng adunan cekodok tadi hingga berwarna keemasan.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Eyda Rohaidah

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN