Tengok gambar je sudah terliur. RASA kongsikan resipi cabai picit utara yang dikongsikan oleh Juwe Soh Juwe dalam facebook group Rasa Share Resipi. Sedap dimakan dengan ulam celur atau ikan bakar. Jom tengok!
CABAI PICIT UTARA
BAHAN SAMBAL
Cili padi (dipotong)
Air asam jawa
Belacan
Garam
Sedikit gula
Sedikit air
1 ekor ikan kembung (dibakar)
1 biji limau kasturi
Ads
CARA MEMBUAT
1. Cili padi, air asam jawa, belacan, garam, gula dan sedikit air disatukan dan dipicit-picit.
2. Perisikan ikan kembung. Masukkan dalam bahan tadi. Kemudian dipicit lagi.
3. Belah dua limau kasturi dan perahkan dalam sambal.
Nak masak kuah kacang tak susah sebenarnya, cukup bahan dan tak derhaka cara masakan gerenti menjadi. Ini contoh resipi masak kuah kacang terpaling mudah dan sedap. Resipi ini telah dikongsikan di Facebook oleh Yatt Ismailyang katanya ada Chef dari Hotel kongsikan cara masakan ni kepada ibunya. Wahhh beruntung betul ada Chef dari Hotel ajarkan resipi masak kuah kacang. Kalau Chef yang ajar semestinya menjadi resipi ni. Admin suka makan kuah kacang bersama nasi impit sahaja. Makan macam tu pun dah layan habis, apatah lagi makan bersama satay fuhhh sedap sungguh haihh! Korang pula suka makan kuah kacang dengan satay atau nasi impit? Tak kesahlah apapun cara gandingan korang makan kuah kacang yang penting jom cuba resipi kuah kacang ni.
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah di sangai atau dipanggang dalam oven
Segenggam cili kering kurang pedas
2 biji bawang besar medium dimayang
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai
2 ulas bawang putih
2 mug santan pekat
5 kerek manisan
3 sudu besar gula
Sedikit garam
2 liter air
CARA PENYEDIAAN:
Panggang atau sangai kacang tanah. Yatt panggang dalam oven suhu 150 selama 25 minit. Sesekali buka oven kacau.
Dah siap panggang buang kulit. Ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kuah kacang lebih sedap tanpa kulit kacang.
Hiris bawang nipis-nipis.
Panaskan minyak dan tumis.
Lengkuas, halia, serai dan bawang putih dikisar dengan cili kering.
Cili kering dipotong-potong dan dibuang biji
Kisar sampai lumat.
Goreng bawang sampai kuning dan garing. Hati-hati jangan sampai hangus.
Bawang dah garing, masukkan bahan kisar tadi.
Blend kacang panggang dengan air. Kacang tu jangan terlalu hancur. Kiranya 50% hancur.
Masukkan ke dalam bahan tumisan. Tambah baki air. Masak dalam 20 minit sampai kekacangan dah lembut.
Masukkan manisan kerek, gula dan garam. Garam tu sikit dulu ye. Nanti boleh rasa.
Lepas 20 minit masukkan santan pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.
Bila dah naik minyak macam ni kuah dah cukup masak. Boleh rasa dulu. Kuah ni mesti ada rasa lemak manis.
Dah namanya orang Malaysia, tidak lengkap sajian makan tanpa adanya Sambal Belacan. Bagi anda yang memang wajib ada sambal bila tiap kali makan, resipi Sambal Belacan tumbuk guna lesung batu perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya wajib untuk dicuba. Mudah sahaja tapi rasanya memang terbaik. Rugi kalau tak cuba tau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BELACAN TUMBUK BY MARIANA ZAINAL
BAHAN-BAHAN: 25 biji cili padi 1 biji cili merah (cili besar) 1/2 sudu teh gula (jangan banyak. Tak nak sambal jadi manis) Sedikit bahan perasa Belacan sebesar ibu jari – beli online disini 1/4 cawan air asam jawa pekat – beli online disini 1 biji limau nipis (perah ambil jusnya) 2 sudu makan air
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk cili padi, cili merah, gula, bahan perasa dan belacan menggunakan lesung batu. Boleh guna mesin pengisar tapi lebih sedap jika tumbuk guna lesung.
2. Satukan bahan tumbuk dengan air asam jawa, perahan jus limau kasturi dan air.
3. Kacau sebati dan Sambal Belacan Tumbuk yang sedap sedia untuk dinikmati.
Buah pelam muda memang sangat sedap kalau dimakan dengan kuah rojak. Begitu juga dengan buah lain misalnya nanas, sengkuang, pelam siam, jambu atau betik. Kuah rojak ni senang kata macam pelengkap kalau makan dengan buah yang masam. Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencecah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencecah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencecah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
BAHAN-BAHAN
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Perisa aiskrim kegemaran dikatakan mempunyai kaitan dengan personaliti berdasarkan beberapa kajian psikologi. Ketahui maksud di sebalik pilihan vanila, coklat, strawberi, kopi dan banyak lagi.