Resipi Bubur Sum Sum Sagu perkongsian saudari No Or ni memang terbaik. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian manisan tradisional, resipi ni tentunya perlu anda cuba. Biasanya Bubur Sum Sum ini dimasak menggunakan tepung beras sahaja dan dinikmati bersama sirap gula melaka, tetapi sedikit kelainan bila ada penambahan sagu sebagai bahan asasnya. Pasti enak. Nak masaknya pun cukup mudah. Makan sejuk-sejuk memang puas hati. Sesuai sangatlah nikmatinya dikala cuaca panas begini. Jom cuba.
Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakaratau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi perkongsian saudari Ameera yang mudah ni. Memang sedap.
RESIPI PENCICAH AIR ASAM SEDAP MENYENGAT. TAMBAH 2 BAHAN NI & GAUL, BARU TERANGKAT!
1. Hiris nipis cili padi, cili merah, tomato dan bawan besar.
2. Sukatan asam jawa biji. Ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji ni bila buat air asam dia punya kick memang padu dan lebih sedap.
3. Belacan besar ni ye. Kalau nak kurangkan pun boleh. Ikut cita rasa.
4. Masukkan 1 cawan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa. Ramas hingga larut asamnya.
5. Campurkan semua bahan hiris ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan sedikit garam. Jangan banyak, nanti masin.
7. Masukkan juga gula supaya air asam nanti ada rasa manis, masam dan pedas yang seimbang.
8. Ambil belacan tadi dan tenyeh hingga hancur.
9. Seterusnya masukkan sos tomato dan sos cili.
10. Tapis air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
11. Gaul semua bahan hingga sebati. Tip untuk jadikan pencicah air asam lebih sedap ialah gaul bahan berulang kali menggunakan tangan sambil disertakan dengan berselawat.
12. Pencicah Air Asam enak siap untuk dihidangkan.
13. Sesuai dihidangkan bersama ikan kukus, ikan bakar, ulam-ulaman dan sebagainya.
Teringin makan mi goreng ala mamak yang basah kaya dengan telur? Tak susah mana ye, yang penting bahan digunakan dan cara mengolah bagi sedap. Mungkin resipi berikut boleh membantu anda membuat mi goreng ala mamak yang sedap untuk hidangan sekeluarga.
MI GORENG MAMAK VEERA BAHAN-BAHAN: 1 kg mi kuning | rendam dalam air panas selama 5 minit, kemudian tos 1 paket fish ball | hiris nipis 1 paket fish cake | potong nipis Secekak sawi hijau | [potong 5 cm 3 biji tauhu putih | hiris dan goreng 1 biji bawang besar | mayang halus 5 ulas bawang putih | cincang halus 3 sudu makan serbuk cili 5 sudu makan kicap pekat 5 sudu makan sos cili
Sedikit lada sulah Garam dan gaul secukupnya | jika perlu sebab kicap dan sos cili sudah masin dan manis 4 biji telur ayam
1 cawan air Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak , tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi.
Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Kemudian masukkan batang sawi (titik sedikit batang sawi).
Setelah kacau rata masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga sebati dengan bahan tumisan lain.
Masukkan mi kuning dan daun saawi, tambah kicap pekat dan sos cili . Kacau lagi biar sebati.
Tuangkan 1 cawan air dan biar mendidik sampai pekat.
Besarkan api dan masukkan telur, segara kacau dan kalau perlu guna dua senduk supaya telur sebati dengan mi dalam 2 minit.
Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula secukup rasa
Dah beli epal hijau banyak, ingat nak makan macam begitu saja tapi rasa masamnya terlebih pula sampai terbantut selera. Daripada terbiar sampai kecut dalam peti sejuk, epal hijau begini elok buat kerabu.
Bukan saja sedap tapi hidangan ini sihat dan senang nak buat. Rasanya ada masam manis dan pedas. Cara membuat dikongsi oleh Zura Tahir.
Cara buat kerabu epal hijau
Bahan-bahan
1 Biji bawang besar(hiris halus)
3 biji epal hijau (hiris halus)
1 biji bawang besar(hiris halus)
1 sudu kecil garam (ikut kesesuaian)
Cili merah dan cili padi (dihiris halus)
2 sudu gula
Secubit belacan
1 sudu Maggi cukup rasa
Daging Goreng Tumis Pedas, walaupun nampak ringkas, lauk ni memang padu betul bila kena dengan nasi panas dan hirisan timun. Gabungan hirisan daging lembut bersama tumisan cili dan bawang memang “kena betul” dengan selera rakyat Malaysia.