Resipi Bubur Kacang Durian Yang Sedap & Cepat Empuk

Share

Sedapnya Bubur Kacang Durian ni. Maklumlah sekarang dah sampai musim raja buah ni. Pastinya ada banyak menu yang boleh dihasilkan. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau kongsikan satu resipi Bubur Kacang Durian yang sangat sedap dan boleh anda cuba. Letak pula durian kampung, hmmmm….sedapnya. Jom cuba. Makan sejuk-sejuk memang best ni.

 

CARA MASAK BUBUR KACANG DURIAN KAMPUNG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan kacang hijau
  • 4-5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 hiris (nipis) halia
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu maka gula melaka
  • Beberapa ulas isi durian kampung
  • Sedikit gula putih
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1. Basuh kacang hijau hingga bersih dan rendam selama 1 jam.
2. Buang air rendaman dan masukkan air baru sebanyak 4-5 cawan. Rebus guna api perlahan hingga empuk. Kacang hijau yang empuk akan kembang dan lembik bila dipicit. Jika kacang masih keras, tambah air panas.


3. Setelah kacang empuk, masukkan santan. Jika suka bubur yang berkuah banyak, tambah air dan santan.


4. Untuk menaikkan aroma, masukkan halia dan daun pandan. Masak selama 2 minit kemudian keluarkan hirisan halia supaya baunya tidak kuat.


5. Masukkan gula melaka. Kacau sebati.


6. Masukkan juga beberapa ulas isi durian kampung. Kacau sebati.


7. Tambahkan lagi gula dan garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Biarkan kuah mendidih beberapa kali.


8. Bila semua rasa sudah cukup, padamkan api dan sedia untuk dinikmati. Boleh juga dijadikan aiskrim Malaysia.

 

Anda suka shopping online? Ni RASA nak kongsi baucar FREE SHIPPING yang anda boleh guna hingga hujung bulan Jun ni. Memang boleh jimat banyak. Boleh share dengan kawan-kawan juga.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Nak kacang cepat empuk? Rebuslah guna PRESSURE COOKER? Memang cepat dan jimat masa.Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi best guna PRESSURE COOKER? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN