Resipi Bubur Ayam Paling Mudah. Tambah Lauk Lagi Sedap

Share

Sedapnya Bubur Ayam mudah ni. Menu ini digemari ramai tidak kira tua atau muda. Malah ia juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa tak kira pagi, tengahari mahupun malam. Jika cuaca hujan, lgilh sedap makan bubur panas-panas ni.

Selain dinikmati begitu sahaja, Bubur Ayam juga enak dimakan dengan pelbagai lauk pauk. Biasanya lauk seperti Kangkung Goreng Belaanc, bilis goreng, telur masin, kacang goreng, isi ayam carik sesuai dinikmati Bersama. Jika kaum cina, ada yang makan Bersama kuih Cakoi.

Nak masak Bubur Ayam yang enak tak susah. Macam resipi perkongsian saudari Aisyah Humira

ni. Sangat ringkas bahan-bahannya. Malah menurut beliau lagi, jika makan kosong je, bubur ni berasa seakan bubur ayam ala mcd. Wow… Sedap tu!

Jom cuba masak menu ni untuk keluarga anda. Pasti berselera semuanya. Selamat mencuba dan menjamu selera!

 

CARA MASAK BUBUR AYAM SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan kecil beras – dibasuh bersih beli online disini
  • 6 cawan kecil air
  • 2 keping hirisan halia
  • 2 kiub pati ayam beli online disini
  • 1 mangkuk kecil isi ayam – hiris kecil

 

BAHAN-BAHAN LAUK SAMPINGAN:

 

CARA MEMASAK:

1.Masukkan beras ke dalam Instant Pot dan pilih menu porridge.

2.Setelah bubur masak, jika suka berkuah atau sedikit cair boleh tambah 1-2 gelas air panas dan kacau sebati.

3.Hidangkan bersama bawang goreng, minyak bijan, serbuk lada sulah dan pilihan lauk kegemaran siap.

4.Jika tiada periuk elektrik, boleh masak guna dapur dan periuk biasa. Caranya ialah campurkan semua bahan dan masak guna api sederhana. Lebihkan juga air.

5.Kacau sesekali untuk elak bubur hangus di bahagian bawah. Masak sampai bubur masak sempurna.

6.Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan letak semua bahan lauk sampingan. Gaul dan nikmati. Memang sedap!

 

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN