Resipi Bubur 3 Beradik, Rasa Lemak Manis Pikat Selera Berbuka

Share

Resipi bubur 3 beradik ini memang sedap. Rasa lemak manisnya memang membuka selera untuk dijadikan hidangan pelengkap ketika berbuka.

Resipi bubur 3 beradik ini menggunakan tiga jenis ubi iaitu keladi, keledek dan labu. Kombinasinya cukup serasi. Warnanya juga cukup menarik perhatian untuk sesiapa saja memakannya.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Laili Adam ini ye. Mudah je. Selamat mencuba!

Resipi Bubur 3 Beradik

Bahan-bahan:

Ubi keladi

2-3 biji keledek

Sedikit labu kuning

2 kotak santan saiz kecil – boleh beli online di sini

Daun pandan

1 mangkuk kecil hirisan nangka (pilihan)

Sedikit tepung pulut – boleh beli online di sini

3 cawan air

1 cawan gula – boleh beli online di sini

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Keladi, keledek dan labu dikupas kulitnya dan potong kecil-kecil. Kemudian kukus sampai lembut (anggaran 15-20 minit).

Apabila dah sejuk, lenyek keledek, keladi dan labu berasingan. Kemudian masukkan sedikit garam, masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sampai jadi doh (kalau keras boleh tambah air) .

Kemudian bulat-bulatkan doh, buat hingga habis. Ketepikan.

Panaskan air, masukkan doh keladi, keledek dan labu yang telah dibulatkan tadi. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk, kemudian tapis. Ulangi langkah hingga selesai.

Dalam periuk berasingan, masukkan tiga cawan air dan daun pandan.

Kemudian masukkan gula, sedikit garam dan santan.

Sentiasa kacau supaya santan  tak pecah minyak. Selepas itu, bolehlah masukkan doh yang telah direbus tadi. Kacau sekata.

Akhir sekali, masukkan isi nangka. Kacau lagi. Biarkan mereneh seketika. tutup api.

Siap! Nak makan panas-panas boleh, nak makan sejuk pun boleh.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN