Resipi Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Lembut, Gebu dan Berkilat

Share

Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi membuat kuih keria gula melaka yang lembut, gebu dan berkilat. Kuih keria gula melaka ini memang menambah sedap sebab menggunakan gula melaka.

Untuk air gula nampak berkilat, masukkan sedikit minyak masak ketika memasak air gula sebelum digaul menyaluti kuih keria yang telah digoreng.

Cubalah! Jom kita lihat resipinya.

KUIH KERIA GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN
500 gram ubi keledek
800 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula batu
1/2 sudu besar minyak masak (supaya air gula berkilat)

Resipi ini sesuai untuk 12 biji kuih keria gula melaka.

CARA MEMBUAT
1. Ubi keledek dipotong kecil-kecil. Kemudian masukkan dalam periuk. Isikan air ke dalam periuk dan hidupkan api. Masukkan garam. Rebus sehingga ubi keledek empuk dengan api sederhana.
2. Angkat ubi keledek yang telah empuk. Toskan airnya. Masukkan ubi keledek ke dalam mangkuk dan lenyekkan. Rehatkan ketika.


3. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata menggunakan tangan.


4. Sapu tangan dengan sedikit minyak masak. Ambil sejemput adunan dan buatkan bentuk bulat berlubang ditengah. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit minyak masak. Ulang langkah ini sehingga adunan habis dibentukkan.

Bentukkan seperti donat.
Susun dalam dulang.

5. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng kuih keria sehingga masak. Angkat dan toskan.


6. Gunakan kuali lain. Masukkan air, gula merah, gula pasir, gula batu dan minyak masak. Buka api kecil sahaja. Kacau-kacau sehingga likat.


7. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi. Gaul rata sehingga semua kuih bersalut dengan gula.


8. Biarkan di atas redai sehingga sejuk.

Tunggu sejuk, baru makan.

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/0z2wV6hk1xk

Sumber: Samsiah Hj Mat Ali
https://www.facebook.com/groups/shareresipi/permalink/6500924699934016
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

IKLAN