Resipi Boko Pandan Ubi Kayu Sedap Buat Tak Guna Banyak Bahan

Share

Sedapnya Kuih Boko Pandan Ubi Kayu perkongsian resipi oleh Opah Mas Cotek. Selain pandan, ada juga yang buat menggunakan gula merah. Dua-dua sedap! Rasa yang memang asli malah nak buatnya pun tidak sukar. Bahan pun tak banyak. Patutlah ramai yang pakat salin resipi. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK KUIH BOKO PANDAN UBI KAYU

BAHAN LAPISAN BAWAH:
3 cawan ubi kayu parut – parut ubi kayu terlebih dahulu. perah kemudian baru ambil dan sukat pati yang mendap. Airnya dibuang
2 cawan air pandan – kisar 7-8 helai daun pandan
1 1 /4 cawan gula @ ikut manis yang disukai (beli online disini)
Sedikit pewarna hijau (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan ke dalam bekas-bekas kecil hingga memenuhi separuh bekas.
3. Kukus selama 25 minit atau hingga lapisan ubi kayu masak.
4. Angkat dan sejukkan.

BAHAN LAPISAN ATAS:
1/2 cawan tepung beras (beli online disini)
4 cawan santan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Sebatikan biar tiada ketulan tepung.


2. Masak adunan menggunakan api sederhana hingga pekat dan meletup-letup. Pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul.
3. Tuang adunan ke atas Boko Ubi yang telah disejukkan tadi.


4. Biarkan kuih sejuk sekali lagi dan kemudian bolehlah dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Opah Mac Cotek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN