Resipi Biskut Ovaltine Ala Famous Amos, Mudah & Sedap!

Share

Walaupun bayang puasa dan raya belum berbahang, tapi tak salah kan kalau kita cuba dulu resipi biskut yang mudah dan sedap ini.

Resipi biskut ovaltine ala famous amos ini, gabungan serbuk ovaltine berlemak dengan coklat beryls cair dalam mulut, memang sedap.

Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Azlina Ina ini.

BISKUT OVALTINE ALA FAMOUS AMOS

BAHAN-BAHAN:

1 cawan buttercup atau marjerin (mana yang suka dan ada rezeki lebih nak guna pure butter silakan) – beli online di sini
½ cawan gula halus (kalau tak suka manis, boleh kurangkan) – beli online di sini


1 biji telur
¼ cawan minyak masak biasa – beli online di sini
½ cawan ovaltine
½ cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan almond nips | dibakar kejap
1 cawan coklat chip
1 cawan coin milk beryls

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Kacau buttercup dan gula halus hingga sebati.

2. Masuk sebiji telur dan minyak masak. Kacau lagi sampai sebati.

3. Masukkan ovaltine, penting bahan ni. Kacau lagi.

4. Kemudian masukkan susu tepung dan tepung jagung. Kacau lagi sampai adunan sebati.

5. Akhir sekali, baru masukkan campuran tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Bila dah siap, adun tambahkan almond nips yang dah dibakar kejap. Lepas tu satu cawan coklat chip. Kacau-kacau rata.

7. Mana suka kriuk-kriuk coklat boleh tambah coin milk beryls ya. Gaulkan rata.

8. Adunan doh memang lembik, jangan tambah tepung.

9. Masuk piping beg, nak cubit-cubit pun boleh.

10. Ok loyang sapu majerin ye, lepas tu susun cookies jangan rapat sangat nanti dia kembang. Bakar suhu 170C-180C masa 20 minit atau bergantung ketuhar masing-masing.

11. Mana yang ada coklat coin tu dia gelap sikit. Tekstur cookies ni waktu dia panas atau suam dia chewwy nanti dah sejuk dia rangup. Jadi nak makan waktu bila boleh pilih.

Kredit: Azlina Ina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN