Resipi Biskut Makmur Susu Tanpa Ketuhar. Mudah & Menjadi!

Share

Terasa nak makan Biskut Makmur tapi oven tak ada? Usah sedih…Anda masih boleh buat biskut yang dihajati. Tak perlu bakar pun malah bahan yang digunakan pun sangat mudah. 4 bahan sahaja uols! Menurut empunya resipi, biskut ni sangat senang dan pastinya cair di mulut. Jom cuba!

 

RESIPI BISKUT MAKMUR TANPA BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan planta
  • 1/2 cawan minyak sapi
  • 1 cawan susu tepung
    ( Jika tak ada minyak sapi, boleh guna marjerin)

 

CARA MEMASAK:

1. Goreng tepung tanpa minyak. Kacau hingga kekuningan namun jangan sampai hangit. Angkat dan letak dalam bekas ata besin bersesuaian.

2. Seterusnya cairkan planta bersama minyak sapi. Bila dah cair, biarkan sejuk.

3. Masukkan gula kastor ke dalam tepung. Gaul rata. Jika rasa kurang manis, boleh tambah jumlahnya. Seterusnya masukkan campuran plantan dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.

4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.

5. Bila adunan habis dikepal, salut biskut tadi ke dalam bekas berisi susu tepung hingga rata.

6. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariatun Bibi

IKLAN