Resipi Biskut Limau Pokkan Mandarin. Unik, Sedap & Seakan Limau Sebenar!

Share

Sempena Aidilfitri tahun ni, bolehlah cuba buat biskut yang unik ni. Biskut Limau Pokkan Mandarin; persis limau yang sebenar. Pasti anak-anak tak sabar nak rasa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.

 

BISKUT LIMAU POKKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm mentega
  • 90gm gula icing
  • 200gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm tepung jagung
  • 30ml perahan limau pokkan atau orange paste. ( boleh juga guna sirap sunquick)
  • Cengkih dibuang bunganya ( secukupnya)

 

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain ( kecuali bunga cengkih). Adun hingga sebati.

3. Cubit doh dan golekkan dalam penapis untuk mendapatkan corak seperti kulit limau.

4. Cucuk bunga cengkih bagi membentuk seakan tampuk limau.

5. Sapu glase atau eggwash. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga biskut masak. ( suhu & masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.)

6. Selamat mencuba!

 

BAHAN EGGWASH

  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu makan susu segar

 

CARA MEMBUAT:

  • Satukan bahan-bahan diatas dan kacau rata. Sapu pada biskut.

 

Kredit resipi & foto: Amanda Rania Zafreen

IKLAN