Resipi bingka roti ini boleh jadi olahan jika ada banyak lebihan roti. Daripada terbiar sampai expired dan naik kulat elok buat hidangan ini.
Enak dijadikan hidangan petang gabungan santan dan esen vanila buatkan bingka ini wangi dan lemak berkrim. Bila dah siap masak memang cepat saja licin.
Cara membuatnya sangat mudah, tak perlu kisar apa-apapun cuma gaul dan terus bakar. Boleh tambah kismis dan ceri untuk lebih menarik. Jom cuba, sekali buat mesti nak ulang!
5 keping roti putih
2 biji telur
¾ gelas gula
3 gelas santan / susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 gelas tepung gandum
Sedikit garam
Kismis
Ceri -dipotong
1. Potong roti kepada bentuk kiub kecil dan rendamkan dalam 2 gelas santan. Biarkan seketika supaya roti menyerap santan.
2. Dalam bekas lain, pukul telur, gula, dan esen vanila. Masukkan baki 1 gelas santan ke dalam campuran tersebut.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya tidak berketul.
4. Tuangkan campuran ini ke dalam bekas rendaman roti tadi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
5. Sapu loyang dengan sedikit marjerin, kemudian tuang adunan ke dalam loyang tersebut. Taburkan kismis dan ceri di atasnya.
6. Bakar pada suhu 130°C hingga permukaan keemasan dan masak sepenuhnya (anggaran 45–60 minit bergantung oven).
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidang.
Kredit resipi & foto : Siti Rosnani Mohd Nor
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA