Resipi Bergedil Daging Paling Sedap Di Tekak, Sedap Di Makan Begitu Saja!

Share

Resipi bergedil hidangan paling simple dan sedap dinikmati, tak kira di bulan puasa, di hari raya atau bila-bila sahaja. Rasanya sedap campuran kentang dan daging membuatkan resipi ni paling sedap pada tekak. Buat sendiri lebih puas hati!

Resipi yang puan ni kongsikan berbeza sedikit sebab daging kisar di goreng tanpa minyak kemudian telur kuning dimasukkan dalam adunan. Jadi adunan mudah melekat dan senang nak kepal dan tak mudah terlerai.

 

RESIPI BERGEDIL DAGING ENAK YAKMAT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ubi kentang
  • 200 gm daging kisar – goreng tanpa minyak
  • 2 teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup – dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar – di potong dadu
  • 2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Mula –mula kupas kentang dan potong sederhana nipis. Basuh dan toskan. Goreng sampai masak, angkat dan toskan. Tumbuk sehingga lumat masa tengah panas. Letak tepi dulu.

2. Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata lepas tu perasakan dengan garam. Pastu masukkan telur kuning. Ambik sikit adunan pastu kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan pulak sedikit. Buat sampai habis.

3. Dalam bekas lain, pukul telur putih. Celupkan setiap begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas.

4. Minyak tak payah banyak sangat, nak tenggelam separuh begedil pun boleh. Tapi kak M suka guna minyak sikit saja sebab guna non-stick pan. Nak gunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk celup pun boleh.

4. Guna api sederhana je. Tips supaya bergedil ni tak pecah, jangan balikkan begedil sampai dia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna dah tukar dan angkat. Insyallah begedil tak pecah, gorengnya pun lawa. Dah masak, angkat dan tos atas tisu dapur. Nak makan dengan soto boleh nak makan camtu aje pun sedap tau.
.

Kongsi resipi: Marina Ismail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN