Resipi Berasaskan Brokoli. Sedap Berkhasiat Tinggi

Share

Resipi Berasaskan brokoli ini bukan saja sedap. Malah berkhasiat tinggi.  Sebenarnya brokoli yang dianggap sebagai ‘super food’ ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan.

Kali ini, dikongsikan tiga resipi berasaskan brokoli. Selamat mencuba.

Resipi Berasaskan Brokoli

Broccoli Parmesan Fritter

Bahan-Bahan:

230gm brokoli (cincang)                      

1 biji telur                        

65gm tepung gandum  – boleh beli online di sini

30gm keju parmesan parut – boleh beli online di sini        

½ sudu teh garam – boleh beli online di sini                      

Serbuk lada hitam cukup rasa – boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

  1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati.
  2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya.
  3. Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan.
  4. Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Brocoli Mozzarella Bites

Bahan-Bahan:

2 sudu makan madu                                        

60gm brokoli (potong kasar)                                     

60gm keju mozzarela (parut kasar) – boleh beli online di sini

1 biji telur                                   

160ml susu segar – boleh beli online di sini         

150gm tepung gandum serba guna      

3gm serbuk penaik                               

½ sudu teh garam boleh beli online di sini                                  

½ sudu teh minyak masak boleh beli online di sini                    

1 biji bawang merah (racik) – boleh beli online di sini                           

Minyak untuk menggoreng secukupnya boleh beli online di sini        

Cara Memasak:

  1. Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
  3. Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
  5. Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
  6. Angkat dan tos minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Pasta Brokoli

Bahan-Bahan:

350gm pasta spageti                             

2 sudu makan minyak zaitun (untuk spageti)           

30gm minyak (untuk menumis) boleh beli online di sini

10 ulas bawang putih (cincang halus) – boleh beli online di sini

50gm brokoli (cincang halus)

50gm brokoli (potong kasar)                                     

1 kiub pati ayam                         

30gm keju parmesan boleh beli online di sini                            

Air secukupnya untuk merebus spageti

Garam –boleh beli online di sini

Serbuk lada hitam secukupnya – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
  2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
  3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
  5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN