Resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang, Gerenti Licin Bila Hidang

Share

Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Sekelip mata habis licin satu pinggan. Mari kita cuba resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang  yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini. Kalau ada yang tak suka bendi berair, boleh ikut resipi ini dijamin bendi tidak akan berair lagi. Selamat mencuba!

RESEPI BENDI GORENG TUMIS BELACAN BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:

Bendi
Udang
1 sudu besar serbuk belacan – beli online
1 sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online
Minyak masak secukupnya – beli online

*4 ulas  bawang putih – beli online
*1 biji  bawang merah
*4 biji cili padi merah
*1 biji cili merah – beli online
*1 biji tomato

*Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi , masak sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika.

3. Masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit kemudian gaulkan.

 

 

4. Masukkan bendi, goreng dan gaulkan sehingga sebati  (goreng 3 minit)

5. Angkat dan siap untuk dihidang.

 

NOTA: Cara untuk bendi tidak berlendir, cuci dan toskan bendi kemudian barulah dipotong.

Sumber kredit: Nurul Ateekah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN