
Isi Kandungan
ToggleMenu western beef steak ini kalau makan di kafe bersama keluarga memang agak tinggi modalnya. Kalau rasa setanding harga kita mungkin puas hati tapi kalau tak sedap memang mengecewakan.
Jika nak berbaloi rasanya elok kita belajar buat sendiri beef steak ini. Caranya boleh ikut perkongsian SuiSan Aliezsha. Makan di rumah lagi selesa, nak ratah dengan tangan pun boleh.
Buat sendiri beef steak kalau nak jimat
Penyediaan stik dan perapan
1. Sediakan daging batang pinang (hiris nipis/tebal ikut cita rasa masing-masing. Kalau baru nak cuba beli saja daging siap pack (ada jual di pasar raya)
2. Kisar halia, bawang putih, tomato sebiji, sos lada hitam, sos cili & madu bersama air. Kisar berasingan lada hitam & ketumbar
3. Ambil anggaran 2 sudu besar marjerin atau butter. Cairkan butter kemudian masukkan bahan kisar. Masak dengan api sederhana.
4. Selepas mendidih masukkan lada hitam & ketumbar, sedikit garam (saya tak guna gula pasir, manisan saya gunakan madu sepenuhnya.
6. Kemudian perap daging dengan bahan yang telah dimasak untuk beberapa jam. Lagi sedap perap selama sehari.
7. Seterusnya bakar dengan api 180° selama 30 minit ikut oven masing-masing. Nak grill pun boleh.
Penyediaan kentang putar dan sayuran
1. Kentang rebus hingga empuk kemudian lenyek hingga hancur. Campur sekali lada sulah dan lada hitam.
2. Untuk sayurkan boleh celur sayuran seperti brokoli dan lobak merah. Sediakan sekali salad dan timun.
Penyediaan sos black pepper
Bahan-bahan
– Sediakan bawang holland & bawang putih (potong dadu halus)
– 1 biji ubi kentang ( potong dan rebus ) nak letak lebih pun boleh
– 2 sudu butter
– Sos blackpepper (saya guna jenama Longsan)
– 1 sudu tepung gandum
– lada hitam (kisar halus)
Cara membuat
1. Masukkan sos blackpepper, kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula sedikit air lalu kisar.
2. Panaskan periuk cairkan butter masukkan bawang kemudian masukkan bahan yang dikisar.
3. Masukkan juga 1 kiub pati ayam. Kacau sampai berkilat. Perasakan ikut cita rasa. Kuah terpulang pada cita rasa sama ada nak pekat atau cair. Kalau nak cair tambah air.
Penyediaan beef steak
– Letak daging siap masak atas pinggan bersama kentang putar dan sayur. Kemudian boleh tuang sos di atas daging. Boleh juga sediakan sos black pepper dalam bekas berasingan.
Selamat mencuba.
Sumber: SuiSan Aliezsha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daging Masak Jintan Penuh Aroma Yang Membuka Selera

Menu daging boleh dipelbagaikan. Ada yang suka daging digoreng dengan kunyit dan kalau suka menu bersambal tidak kurang enaknya. Sebenarnya masakan yang simple pun dah cukup enak seperti daging masak jintan ni. Kalau tak boleh makan daging boleh ganti ayam tapi daging lebih serasi.
DAGING MASAK JINTAN
Bahan-bahan:
1 kg daging, dipotong biasa
Bahan A
2 sudu serbuk ketumbar- BELI ONLINE DI SINI
3 sudu makan serbuk jintan manis-BELI ONLINE DI SINI
1 1/2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan air asam jawa
4 camca gula
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
2 sudu serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI
( kalau jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam anda bukan serbuk tapi biji maka ianya kenalah dikisar terlebih dahulu).
Bahan B
Bahan dikisar:
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
2 inci halia
2 sudu kunyit hidup
5 batang serai
1 ibu jari lengkuas
BAHAN C
1 1/2 cawan -2 cawan minyak masak sebab kalau minyak banyak senang masak dan daging jadi cantik.
BAHAN D
3 biji bawang besar – dipotong bulat
Cara memasak:
1. Masukkan bahan A dan B. Gaul dan sebatikan. Rasa sikit apa yang kurang tambahlah mengikut selera anda. Pastu hendaklah diperap selama 20-30 minit.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak-kemudian bila minyak dah benar- benar panas masukkan daging yang diperap tadi.
3. Gaul rata dan masak daging dengan api kuat dan sederhana.Bila daging dah masak dan hampir kering masukkan bawang besar. Balik-balikkan dan sebatikan sehingga layu.Sebelum tutup api kalau suka boleh dimasukkan cili padi 10-20 biji.( cili jangan dipotong cuma buangkan tangkainya. Sebiji sebiji dan rasailah apa yang kurang ditambah. Bila dah agak kering kuahnya dan nampak minyak dah mulai naik semula,tutup api.
Siap untuk dihidang. Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan nasi minyak. Cubalah.
Kredit pada pemilik resipi : ida shida
6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak. Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata
Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!
Datin Ismatia Kongsi Resipi Gulai Kawah Daging Yang Sedap & Ajak Orang Pantai Timur Sertai JagOH Rasa BABA’S

Isi Kandungan
ToggleSeperti yang anda ketahui, majalah RASA dan BABA’S sebagai penaja utama telah menganjurkan pertandingan memasak yang bakal mengangkat seorang lagi juara dalam dunia masakan tanah air. Sehubungan dengan itu, empat orang KOL telah menunjukkan kehandalan memasak mereka mewakili zon masing-masing.
Cabaran memasak minggu ini diteruskan oleh Datin Ismatia yang mewakili Zon Pantai Timur. Menu yang dikongsi oleh Datin Ismatia adalah Gulai Kawah Daging menggunakan Rempah Kari Daging BABA’S. Dah lama rasanya tak makan Gulai Daging Kawah ni.
Masak menggunakan rempah kari BABA’S ni memang buat masakan jadi harum dan enak. Boleh bertambah-tambah bila dimakan bersama nasi. Memang tersandar kekenyangan dibuatnya. Kami kongsikan resipi Gulai Kawah Daging oleh Datin Ismatia ni. Memang sedap dan sungguh menyelerakan.
GULAI KAWAH DAGING
BAHAN-BAHAN:
- ½ kg daging
- ½ santan kotak
- 3 sudu besar Rempah Kari Daging BABA’S
- 2 sudu besar cili kisar
- 2 keping asam keping
- 1 sudu besar kerisik
- 2 biji kentang
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 biji bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji cili hijau
- Garam
- Gula
- Air
- Minyak masak
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama rempah 4 sekawan.
- Kemudian, masukkan cili kisar. Masak seketika sehingga cili kisar masak.
- Masukkan Rempah Kari Daging BABA’S dan tambahkan sedikit air. Kacau hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali seketika hingga daging empuk.
- Bila daging dah empuk dan masak, masukkan asam keping, kerisik, santan kotak, gula dan garam. Kacau sebati. Tutup kuali seketika
- Kemudian masukkan kentang dan cili hijau. Masak sehingga kentang empuk.
- Sedia untuk dihidang.
NAK CUBA RESIPI INI? BOLEH TONTON VIDEO & KLIK DISINI.
JOM SERTAI JAGOH RASA BABA’S SEKARANG
Inilah masa untuk serlahkan kreativiti anda dengan mencipta resipi berasaskan rempah dengan citarasa dan gaya masakan mengikut negeri asal anda.
Para peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu laman web majalah Rasa. Pastikan gambar jelas dan menarik.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Bekerjaya atau tidak, suri rumah atau masih belajar, anda layak untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu anda mungkin bakal dinobatkan sebagai JAGOH RASA BABA’S.
Hadiah yang bakal menanti pemenang juga sangat lumayan ya.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Kami akan berada di empat lokasi utama untuk bertemu anda bagi sesi penjurian secara bersemuka pada tarikh yang ditetapkan. Jadi, pastikan anda menghantar penyertaan melalui borang yang telah disediakan di laman web, www.rasa.my/babas/
21/5/2022
MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
28/5/2022
MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU
4/6/2022
MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
11/6/2022
MYDIN SUBANG JAYA, SELANGOR
Jangan lupa okay temujanji anda bersama JAGOH RASA BABA’S. Untuk maklumat lanjut, layari di laman web www.rasa.my/babas/
Koleksi Resipi Sedap & Mudah Boleh Masak Guna Daging Korban

Bila tiba Hari Raya Aidiladha, pastinya ramai yang tercari-cari menu yang sedap dan mudah yang boleh dimasak menggunakan daging korban. Maklumlah ada kalanya jemu juga kalau masak daging korban guna resipi biasa. Sesekali berubah angin, seronok juga. Istimewa buat semua, RASA kongsikan resipi-resipi lauk daging korban yang enak dan pastinya membuka selera. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI LAUK PAUK MUDAH & SEDAP BOLEH MASAK GUNA DAGING KORBAN
1. ACAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang | hiris nipis
- 1/2 batang timun | buang biji dan hiris memanjang
- 1/2 batang lobak merah | hiris memanjang
- 5 ulas bawang putih | belah dua
- 8 ulas bawang merah | belah dua
- 2 tangkai cili hijau | belah dua
- 6 tangkai cili padi | belah dua tapi tak putus
- 1 sudu makan rempah kari
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan cuka
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa | jika suka
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 sudu makaan rempah kari
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh biji sawi | jika suka
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN PENUMIS:
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Cuci daging kemudian tos dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan hirisan halia,bawang putih dan merah. Kacau seketika.
- Diikuti pula dengan pes cili, kacau rata.
- Apabila pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau seketika, kemudian masukkan pula daging.
- Setelah daging kecut, masukkan timun dan lobak merah.
- Seterusnya masukkan cuka, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan Acar Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk dapatkan timun dan lobak merah lebih ranggup, anda boleh rendam hirisan ini dengan air kapur seketika. Kemudian cuci dan toskan sebelum dimasak.
2. KERABU DAGING MENTAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang
- 6 biji limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 batang serai
- 1cm lengkuas
- 1cm halia
- 3 biji cili merah
- 1 sudu teh lada hitam
- 4 ulas bawang merah
BAHAN MAYANG HALUS:
- 4 helai daun limau purut
- 1 biji bawang besar
- 2 biji cili merah
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkkan daging korban dari sebarang lemak dan urat.
- Hiris nipis kemudian cincang halus.
- Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
- Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
- Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
- Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
- Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
- Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.
INFO CHEF: Jika ada suka boleh tambahkan hirisan bunga kantan dan daun kesum untuk aroma dan rasa yang lebih enak.
3. DAGING BAKAR GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA TERUNG TELUNJUK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging yang siap dibakar | hiris nipis
- 6 biji terung telunjuk | belah dua
- 500ml santan pekat
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 batang serai | titik
- 2 hirisan lengkuas | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
- 15 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan daging korban dalam periuk bersama separuh dari santan pekat.
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus, serai, lengkus dan asam gelugor.
- Renehkan di atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Masukkan terung dan lebihan santan tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah daging empuk, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daging bakar anda boleh gunakan daging salai atau jeruk untuk resipi ini.
4. DAGING KANDAR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris kecil dan nipis
- 15 ulas bawang merah | hiris
- 3/4 cawan puri tomato
- 1 cawan kicap pekat
- 2 sudu makan kerisik
- 2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 2 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 6 biji buah pelaga
- 6 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan jintan manis
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Rendam bahan rempah ratus hingga kembang, kemudian kisar hingga halus. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang merah yang telah dihiris bersama daun kari hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah ratus yang dikisar tadi. Sentiasa kacau.
- Setelah pecah minyak dan agak garing masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan airnya keluar.
- Renehkan hingga air daging kering.
- Masukkan kicap, sos tomato , air asam Jawa dan kerisik. Kacau lagi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah daging kering dan cukup rasa, tutup api.
- Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh tambahkan hirisan cili padi atau cili besar jika ingin lebih pedas.
5. DAGING KICAP KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
- 3 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
- 2 batang serai | titik
- 2 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging korban dalam mangkuk besar, kemudian campurkan ke dalamnya, kicap pekat, jintam manis,jintan putih dan lada hitam.
- Kemudian ambil tiga sudu bahan kisar masukkan dalam bahan campuran daging.
- Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangai.
- Masukkan pula bahan-bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging, bila air daging sudah kering dan daging masih liat tambah sedikit air. Masak hingga daging empuk.
- Kemudian tambahkan kerisik, kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
- Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih sedap jika daging diperap semalaman, dan daging perap disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang bertutup.
6. RENDANG DAGING DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | hiris nipis dan lebar, cuci dan tos
- 1kg santan pekat
- 5 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 batang serai | titik
- 1 ikat daun pegaga | buang tangkai
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 3 batang serai
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
- Setelah pecah minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
- Masukkan santan pekat, kacau rata, setelah mendidih masukkan daun pegaga dan asam gelugor.
- Biarkan mereneh, hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah kering dan timbul minyak.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daun pegaga boleh tukar dengan pucuk ubi atau daun selom.
7. DAGING MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging ] potong nipis
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh gula
- 5cm halia ] hiris nipis dan halus
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 2 ulas bawang putih ] hiris
- 1 biji cili merah ] hiris
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh garam
- Sedikit air
- 3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
- Daging korban diperap bersama sos ikan, minyak bijan dan sedikit gula selama 15 minit. Setelah itu goreng daging dengan api yang besar selama 3-5 minit. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumis halia, bawang besar, bawang putih, cili merah hingga naik wangi. Kemudian masukkan cuka, sedikit gula dan sedikit air, anggaran 1-2 sudu makan.
- Akhir sekali masukkan semula daging yang telah digoreng dan kacau sebentar. Tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
Info chef: Jika suka, boleh tambah sedikit jumlah halia supaya lebih terasa halianya.
8. KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging
- 1 biji kentang ] belah empat
- 1 biji bawang besar ] kisar
- 2 ulas bawang putih ] kisar
- 5cm halia ]kisar
- 1 biji cili hijau ] hiris
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 3cm kulit kayu manis
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu makan serbuk kurma
- 50ml santan pekat
- 250ml air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun kari dan cili hijau hingga wangi.
- Masukkan santan dan rempah kurma, tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Masak sehingga daging benar-benar lembut dan kentang empuk. Bolehlah ditambahkan air sekiranya daging dan kentang belum cukup masak.
- Biar mereneh sehingga kuah agak memekat. Kemudian barulah dimasukkan garam, serbuk pati ayam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar dan tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapat rasa seperti kurma daging Burma, bolehlah dimasukkan daun ketumbar yang telah dihiris pada lima minit terakhir proses memasak.
9. DAGING MASAK HITAM KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging ] hiris nipis
- 10 tangkai cili kering ] kisar
- 1 biji bawang besar ] kisar
- 4 ulas bawang putih ] kisar
- 5 cm halia ] kisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 3cm kulit kayu manis
- 1 sudu teh biji ketumbar ] Tumbuk kasar dan digoreng
- 2 sudu teh cuka
- 15ml kicap manis
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:-
- Daging direbus bersama cuka sehingga daging lembut dan air rebusan tersebut kering. Kemudian gaul daging bersama 5ml kicap serta digoreng sebentar dengan api yang besar selama 3 minit dan angkat. Ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga garing dan pecah minyak.
- Setelah itu masukkan baki kicap manis, serbuk pati ayam dan daging. Kacau sebentar dan tutup api. Tabur biji ketumbar yang telah digoreng ke atas daging.
- Siap untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapatkan warna daging yang benar-benar hitam, bolehlah ditambah satu sudu teh kicap pekat ke dalam bahann yang ditumis.
10. DAGING MASAK BOMBAY
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging ] potong nipis dan digoreng separuh masak
- 50ml pati santan
- 1 tangkai daun kari
- 10 tangkai cili kering ] kisar
- 1 biji bawang besar ] kisar
- 2 ulas bawang putih ] kisar
- 5cm halia ] kisar
- 5cm lengkuas ] kisar
- 1 batang serai ] kisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3cm kulit kayu manis
- 1 sudu teh serbuk kari daging
- 2 sudu makan kicap masin
- 1 sudu teh gula pasir
- 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar, bersama daun kari, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kari daging dan santan. Masaklah hingga pecah minyak.
- Setelah itu masukkan kicap masin, gula dan pati ayam, kacau sebentar.
- Akhir sekali masukkan daging, kacau selama 2-3 minit dan tutup api.
- Sedia dihidang.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah menggunakan kicap masin di dalam resipi. Tetapi terpulang kepada cita rasa masing-masing.
11. DALCA DAGING ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 40gm rempah dalca
- ½ kg daging|dipotong kecil
- 125gm kacang dhal
- 350ml santan
- 2 inci halia
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji kentang
- 2 biji terung bulat
- 1 batang lobak merah
- 2 biji tomato
- 5 tangkai kacang panjang
- Sedikit rempah 3 sekawan
- 125ml air asam jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus kacang dhal sehingga empuk.
- Sementara itu, kisar bawang merah bersama bawang putih dan halia.
- Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik baunya.
- Masukkan bahan-bahan kisar bersama rempah dalca.
- Masukkan daging dan biarkan sampai empuk
- Masukkan santan, air asam jawa, kacang dhal dan ubi kentang dan masak hingga empuk.
- Kemudian, masukkan terung, lobak merah, tomato dan kacang panjang.
- Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
Info Chef: Kacang dhal hendaklah direbus terlebih dahulu untuk memastikan ia masak lebih sempurna.
12. DAGING SALAI CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang daging batang pinang
- 20gm serbuk kunyit
BAHAN AIR ASAM:
- 1 biji bunga kantan ] dimayang halus
- 3 tangkai daun kesum ] dimayang halus
- 1 biji bawang besar ] dimayang halus
- 1 biji tomato ] dipotong halus
- 5 tangkai cili padi ] dipotong halus
- 200gm asam jawa
- 300ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan salai @ bakar selama 20 minit.
- Kemudian untuk membuat air asam pula, satukan bahan mayang halus, bahan dipotong dadu dan bahan dipotong halus ke dalam bekas bersesuaian.
- Setelah itu, gaulkan asam jawa dan air di dalam bekas lain dan tapis. Curah ke dalam bekas berisi bahan-bahan tadi. Perasakan secukupnya.
- Akhir sekali, potong daging salai nipis-nipis dan hidangkan bersama air asam.
Info Chef: Aroma daging salai yang harum menjadikannya enak dimakan bersama nasi putih dan aneka ulaman.