Makan

Resipi Bebola Bergedil Ayam Sedap, Buat Begini Confirm Puas Makan

Share

Bagi penggemar Bergedil, resipi Bebola Bergedil Ayam perkongsian saudari Har Ryea harus anda cuba. Sangat mudah dan sedap. Sesuai dinikmati bersama Soto atau Bihun Sup.
Jika tiada dimakan bersama Soto atau Bihun Sup, nikmati begitu sahaja pun boleh. Cicah sambal kicap, memang enak tak terkata. Jom cuba!

RESIPI BEBOLA BERGEDIL AYAM SEDAP

BAHAN-BAHAN:
6-7 biji kentang – dipotong dadu – beli online disini

Sedikit garam
Sedikit lada sulah – beli online disini
Isi ayam kisar secukupnya
Hirisan daun sup
Hirisan lada merah
Hirisan bawang merah
3 biji telur
Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Goreng ubi kentang yang sudah dipotong dadu. Lenyek-lenyekkan dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sebijik telur dan bawang goreng. Gaulkan semua bahan.
3. Bulat-bulatkan adunan macam bebola daging. Simpan dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk sekejap (1/2 jam) sebelum digoreng.
4. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk.
5. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi kemudian bolehlah digoreng.
6. Bila sudah kuning keemasan, bolehlah angkat.
7. Bebola Bergedil Ayam enak dimakan bersama Soto sedap dan juga sambal kicap.

Kredit resipi & foto: Har Ryea

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN