Resipi Banana Cheese Toast Yang Mudah, Hanya Guna 5 Bahan

Share

Mencari hidangan minum petang atau sarapan pagi yang mudah, ringkas tapi sedap? Banana Cheese Toast lah jawapannya. Tak perlu banyak bahan, cukup sekadar lima bahan dah boleh hasilkan menu yang mantap. Boleh lihat resipi penuh di bawah. Selamat mencuba!

BANANA CHEESE TOAST

 

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • Cheese slices
  • Pisang berangan
  • Egg wash
  • Brown sugar

Cara Memasak:

  1. Ambil sekeping roti dan letakkan sekeping cheese slice di atasnya. Tutup dengan sekeping lagi roti – macam buat sandwich.
  2. Sapu egg wash di atas permukaan roti, kemudian susun hirisan pisang mengikut kreativiti anda.
  3. Sapu lagi sedikit egg wash di atas pisang untuk bantu lekat dan bagi warna cantik bila dibakar.
  4. Taburkan brown sugar secukup rasa – ini rahsia untuk hasilkan permukaan karamel yang rangup!
  5. Masukkan ke dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10–15 minit, atau sehingga keju cair dan permukaan toast kelihatan keemasan.
  6. Siap untuk dihidangkan! Boleh makan begitu sahaja, atau tabur sedikit serbuk kayu manis atau madu jika suka lebih manis.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma