Resipi Bahulu Viral 3 Bahan Bakar Guna Sandwich Maker. Sedap & Confirm Jadi

Share

Resipi Bahulu perkongsian saudari Azirah Muktar ni memang viral dan telah dikongsi lebih 78 ribu kali di grup masakan di laman sosial facebook. Mana tidaknya, resipi yang dikongsi ini sangat mudah dan tidak memerlukan cara memasak yang susah. Hanya menggunakan mesin sandwich maker, nah…sajian minum petang terbaik ini anda boleh hidangkan buat keluarga tercinta. Tak perlu acuan tembaga, tak perlu sabut kelapa. Malah adun pun guna blender

je. Memang cukup mudah dan menjimatkan masa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penghasilannya.

 

RESIPI BAHULU VIRAL BAKAR GUNA SANDWICH MAKER

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (beli online disini)
1 cawan gula -boleh kurangkan kalau tak nak manis (beli online disini)
3 biji telur

CARA MEMASAK:
1. Kisar telur bersama gula hingga kembang dan sedikit gebu.
2. Masukkan tepung gandum. Adun lagi hingga adunan menjadi sebati.
3. Panaskan acuan sandwich maker, sapu minyak di permukaannya.
4. Tuang adunan bahulu tadi dengan secukupnya.

5. Tutup acuan sandwich maker dan biar hingga bahulu masak sepenuhnya.

6. Ulang langkah sama hingga semua adunan habis digunakan.

7. Angkat kuih Bahulu dan sedia untuk dinikmati. Makan panas-panas memang sedap!

Kredit resipi & foto:

Azirah Muktar

 

Suka shopping online? Dapatkan baucar FREE SHIPPING dengan belian minima RM10 DISINI!

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN