Resipi Badak Berendam Gerenti Sedap Oleh Mariana Zainal

Share

Resipi badak berendam ini gerenti jadi dan sedap, yang dikongsikan oleh puan Mariana Zainal.

Sudah ramai yang mengikut resipi ini dan mengaku rasanya memang sedap. Sesuai untuk dimakan sejuk atau ketika panas. Selamat mencuba. Tak rugi.

Resipi Badak Berendam

Bahan Inti Kelapa:

1 cawan air panas *

1/2 cawan gula merah cap Bintang *

2 sudu besar gula pasir * – boleh beli online di sini

(*satukan kacau-kacau hingga larut dan tapis)

1/2 biji kelapa parut

1 1/2 sudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini

Secubit garam – boleh beli online di sini

1 helai daun pandan disimpul

1/2 sudu teh kicap karamel untuk cantikkan warna inti(taka da pun tak apa)

Bahan Adunan Hijau:

***Didihkan Air Dalam Periuk***

2 cawan tepung pulut 

2 sudu besar membukit tepung gandum – boleh beli online di sini

Secubit garam – boleh beli online di sini

1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah dan ambil patinya)

Sedikit pewarna hijau epal

Bahan Kuah Putih:

1 cawan santan pekat (kotak kecil santan brand KARA) – boleh beli online di sini

3 cawan air ( kalau tak nak macam berkuah, kurangkan air 1/2 cawan. Memang akan jadi gedik-gedik)

1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini

2 cubit gula – boleh beli online di sini

3 sudu besar membukit tepung beras 

2 sudu besar membukit tepung gandum – boleh beli online di sini

Cara Memasak Resipi Badam Berendam:

Untuk membuat inti kelapa; Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali Apabila mendidih masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau hingga agak kering masukkan tepung gandum.

Bila dah sebati, tutup api. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, bolehlah bulat-bulatkan).

Untuk buat doh hijau; satukan tepung dan pati pandan Gaul hingga jadi doh yang tidak melekat d itangan. Kemudian bulat-bulatkan doh. Kemudian masukan inti kelapa. Bulat-bulatkan lagi.

Setelah itu, bila air mendidih, masukkan bebola doh hijau ke dalam air yang mendidih. Apabila dah timbul, angkat dan toskan. Ketepikan.

Untuk membuat kuah putih; satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk. Guna api sederhana perlahan. ]

Masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat. Terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam bekas plastik.

Setiap bekas (kod bekas sQ250)masukkan 1 1/2 senduk kuah putih dan terus letak bebola hijau yang dah siap ditoskan tadi.

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN