Resipi Ayam Ungkep Yang Sedap, Pedas & Mudah Masak

Share

Sedapnya Ayam Ungkep! Buat peminat masakan Jawa, anda pasti akan in love dengan resipi Ayam Masak Ungkep ni. Rasanya sedap dan kalau makan pasti tak cukup sepinggan nasi.Untuk membuatnya tidaklah sesusah mana. Bahan-bahannya juga senang nak dapat. Untuk anda yang teringin untuk mencuba, anda boleh gunakan resipi perkongsian saudari Noor Baini Ali ini sebagai panduan. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK AYAM UNGKEP YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
2 batang serai -titik
3 ulas bawang merah – tumbuk beli online disini
3 ulas bawang putih – tumbuk beli online disini
Kunyit hidup (besar ibu jari) – tumbuk
Cili padi (sukatan ikut citarasa. Empunya resipi suka pedas) – tumbuk
Biji ketumbar paket kecil -rendam dulu supaya senang tumbuk. Jika tiada, boleh guna serbuk beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit – jika perlu beli online disini
1 sudu makan asam jawa beli online disini
Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan tumbuk serta serai hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata hingga bersalut dengan rencah. Tutup periuk hingga ayam masak.


3. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau seketika dan biarkan kuah memekat. Jika kuah tidak terlalu kuning, masukkan serbuk kunyit.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noor Baini Ali

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN