Resipi ayam tiga aroma ini bukan saja harum tapi penuh dengan rasa. Sesuai untuk mereka yang suka lauk berempah dan pedas.
Kuahnya pekat, rasa daun ketumbar, pudina dan rempah-rempahnya sangatlah membangkitkan selera. Nak buat pun senang, sesuai sangat kalau mahukan lauk tengah hari yang ‘lain dari yang lain’.
1 ekor ayam – digoreng dulu
1 biji bawang besar – dihiris dan goreng (untuk dijadikan bawang goreng)
6 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili hijau (lebihkan jika mahu lebih pedas)
Segenggam daun ketumbar
½ genggam daun pudina
Bawang goreng (yang digoreng awal tadi)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam masala
½ sudu teh serbuk kunyit
4 sudu besar yogurt biasa
3 tangkai daun kari
3 tangkai cili hijau
Kentang -digoreng dulu
Hirisan bawang
Daun ketumbar
1. Tumis bahan A (bawang putih, halia, cili hijau & cili padi) hingga wangi dan garing.
2. Masukkan bahan B (daun ketumbar, pudina & bawang goreng), tumis lagi sampai naik bau garing.
3. Tambahkan ayam goreng tadi. Kalau suka berkuah sikit, boleh tambah air ikut cita rasa.
4. Masukkan bahan C – rempah ratus dan yogurt. Kacau sampai sebati, waktu ini aroma dia memang ‘terangkat’!
5. Masukkan perasa ikut selera. Boleh guna garam, gula, serbuk perasa, atau stok ayam. Flexible ikut tekak masing-masing.
6.Akhir sekali, masukkan bahan D (daun kari, cili hijau, kentang, hirisan bawang dan daun ketumbar). Kacau dan biar seketika.
Siap untuk dihidangkan!
Tip Ekstra
Kredit resipi & foto: Nora Yusof
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA