Resipi Ayam Rebus Sos Thai & Cara Buat Somtam Paling Sedap

Share

Enaknya jika dapat menikmati hidangan Ayam Rebus ala Thai dan juga Somtam. Pedas, masin, manis semuanya cukup rasa. Maklumlah masakan Thailand sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sesekali berubah selera menikmati sajian dari negeri jiran, memang lagiah berselera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurha Muhammad ni. Anda pasti puas hati.

 

CARA MASAK MENU AYAM REBUS ALA THAI, SOS THAI HOMEMADE & SOMTAM SEDAP

 

AYAM REBUS ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam bahagian paha (whole leg)
3 inci lengkuas
3 batang akar ketumbar
3 batang serai – ketuk
3-5 helai daun limau purut
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada putih biji beli online disini


1 cawan sos ikan beli online disini
1/2 cawan gula kabung beli online disini
6 cawan air

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dalam periuk kemudian rebus hingga ayam empuk.
2. Bila ayam sudah masak, keluarkan dari periuk dan tos airnya. Simpan air rebusan ayam.
3. Sejukkan ayam terlebih dahulu dan buang tulang. Potong kecil.
4. Ayam Rebus sedia dihidang bersama air rebusan ayam dan sos thai.

 

SOS THAI

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan cili padi
1/4 cawan bawang putih beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 pokok daun ketumbar
1 sudu makan taucu (jika suka) beli online disini
1 sudu makan gula kabung beli online disini
1/4 cawan jus limau nipis
2 senduk air rebusan ayam

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam, daun ketumbar dan taucu hingga halus.
2.Kemudian masukkan gula kabung, jus limau nipis dan air rebusan ayam.
3. Kacau sebati siap dan siap untuk dihidangkan bersama ayam rebus tadi.

 

SOMTAM

BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih beli online disini
5 biji cili padi merah beli online disini
3 tangkai kacang panjang – potong 1 inci
1 biji tomato – potong 6 bahagian
Udang kering secukupnya – basuh & sangai sekejap beli online disini


Sos ikan secukupnya beli online disini
Jus limau nipis secukupnya
Gula kabung secukup rasa beli online disini
Betik muda – disagat
Mangga muda – disagat
Lobak merah – disagat
Kacang tanah secukupnya – sangai & tumbuk kasar beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga lumat.
2. Masukkan udang kering, kacang panjang dan tomato. Tumbuk manja-manja sahaja.
3. Masukkan sos ikan, jus limau nipis dan gula kabung dengan secukupnya. Sebatikan rasa biar ada rasa masam, masin dan manis.
4. Masukkan parutan betik, mangga dan lobak merah. Gaul sebati.
5. Somtam sedap sedia untuk dihidang. Taburkan kacang tanah sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurha Muhammad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN