Resipi Ayam Panggang Restoran Popular Yang Boleh Buat Guna Kos Bawah RM50.

Share

Ayam panggang memang best. Jika makan di kedai, harganya boleh tahan mahalnya juga. Oleh itu bagi anda yang ada anak ramai, masak sendiri pastinya pilihan yang bijak! Menerusi perkongsian saudari Sue CT, beliau tunjukkan cara-cara membuat ayam panggang ala restoran makanan terkenal, hanya dengan kos kurang dari RM50. Sesuai sangat untuk makan malam keluarga. Jom cuba!

AYAM PANGGANG  POWER

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam secukupnya ( boleh guna whole leg)
  • Bawang putih – tumbuk. Jumlah agak-agak sesuai dengan kuantiti ayam
  • 4-5 sudu makan serbuk paprika
  • Sos tomato secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Gula dan garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN:

  • Cendawan butang – dihiris
  • Lada benggala merah & hijau secukupnya
  • Bawang holland – dihiris
  • Sos Nandos atau apa-apa sos kegemaran

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan sos, satukan bahan-bahan diatas ( kecuali ayam) dalam periuk dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

2. Ambil ayam dan lumurkan dengan bahan masak tadi. Simpan dalam peti sejuk. Sebaiknya, perap lebih lama untuk rasa lebih sedap. ( kalau nak makan esok, malam ni boleh perap. Jika nak makan malam, boleh perap waktu pagi.)

3. Ambil dulang pembakar dan lapikkan dengan aluminium foil. Susun ayam didalamnya. Simpan lebihan bahan perapan ayam.

4. Bakar ayam pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Suhu dan masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar yang digunakan.

5. Setelah dibakar selama 1/2 jam, terbalikkan ayam dan tuang lebihan sos perapan tadi.

6. Taburkan juga hirisan cendawan, lada benggala dan juga bawang. Bakar lagi selama 1/2 jam atau sehingga ayam masak sempurna.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Sue CT

IKLAN