Resipi Ayam Mewangi Sedap Dan Sesuai Untuk Yang Berdiet

Share

Kalau berdiet pun janganlah sampai tak makan langsung. Boleh cuba resipi Ayam Mewangi yang gerenti membangkitkan selera kita bila dimakan. Sangat mudah cara penyediaan resipi Ayam Mewangi yang telah dikongsikan oleh Aizat Razak di Facebook. Siapa yang tak suka tambah garam dalam masakan boleh cuba resipi Ayam Mewangi ini kerana rasa masakan ni datang dari rasa Sos Tiram dan Kiub Tomyam. Jom kita cuba!

AYAM MEWANGI

Rak susun barang dapur ni boleh dilipat bila taknak digunakan lagi. Siapa yang nak Haushalt Origami 3-Tier Folding Shelves dengan harga yang istimewa boleh gunakan code RASGSP5 DISINI!

BAHAN-BAHAN:

200 gm dada ayam dipotong dadu.

1 sudu besar minyak

¼ biji bawang besar – BELI DISINI

2-3 ulas bawang putih – BELI DISINI

Sedikit halia – BELI DISINI

2 batang serai dihiris nipis – BELI DISINI

¼ bunga kantan dihiris nipis

2 biji cili padi dibuang biji dan dihiris – BELI DISINI

1 sudu kecil madu – BELI DISINI

Daun limau purut dipotong halus – BELI DISINI

1 sudu kecil sos tiram – BELI DISINI

1/2 kiub tomyam

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak.

2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.

3. Apabila naik bau, masukkan serai, bunga kantan, cili padi, sos tiram dan kiub tomyam.

4. Masukkan 1 sudu kecil air.

5. Masukkan ayam dan madu.

6. Gaul rata dan biarkan masak.

7. Masukkan daun limau purut.

8. Gaul dan siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Aizat Razak

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

IKLAN