Resipi Ayam Masak Sunquick, Kedengaran Pelik Tapi Sedap!

Share

Selain ayam masak lemon, ayam masak sunquick ni pun lain dari yang lain. Resipi penuh telah dikongsikan oleh Ruviantie Roslan di group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mendapat sambutan yang hangat dari pembaca setia di group itu. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam masak sunquick bila telah siap di masak. Jom kita cuba?

 

AYAM MASAK SUNQUICK

BAHAN-BAHAN:

  • Seekor ayam
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh kunyit
  • 1/2 cawan madu
  • 1/2 cawan susu cair
  • Kacang pis
  • Lobak merah
  • Sunquick beli online disini
  • Sos tiram
  • Buah oren
  • Rempah (kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Halia

CARA PENYEDIAAN:

1.Bersihkan ayam dan perap bersama lada hitam, madu dan kunyit. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.

2.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

3.Setelah naik bau, masukkan ayam. Masak sampai ayam menjadi kecut.

4. Tambahkan sunquick, sos tiram dan susu cair. Kacau dan tunggu sampai kuah menjadi pekat.

5. Masukkan garam, kacang pis, lobak merah dan oren. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit.

6. Kecilkan api dan tunggu sehingga betul-betul masak. Perasakan dan tambah atau kurangkan jika perlu.

7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit esipi & foto: Ruviantie Roslan

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN