Resipi Ayam Masak Merah Yang Paling Senang Nak Buat

Share

Lauk ayam masak merah memang sedap. Boleh dimakan bersama nasi putih dan juga nasi minyak. Resipinya berbeza-beza mengikut individu. Lain orang lain cara masakannya. Tetapi, resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku Noruakmal ini memang mudah dan nampak sedap. Jom kita lihat bahan-bahannya.

AYAM MASAK MERAH

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong kecil-kecil dan goreng
  • 5 sudu besar cili giling
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 biji bawang merah besar | dikisar
  • 1/2 inci halia | dikisar
  • 2 sudu sos cili
  • Kicap
  • 2 cawan air
  • 1 biji kiub pati ayam
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Belacan
  • Gula melaka

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Goreng ayam terlebih dahulu. Kemudian, guna minyak yang sama untuk menumis. Masukkan bawang yang dikisar (2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih). Boleh juga kisar sekali dengan halia jika suka.

 

2. Masukkan gula melaka. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa bawang. Tumis hingga kekuningan.

 

3. Kemudian, masukkan cili giling.

 

4. Masukkan belacan dan asam jawa.

 

5. Titiskan kicap 5 kali dan 2 sudu sos cili.

 

6. Masukkan ayam yang telah digoreng.

 

7. Masukkan 2 cawan air.

 

8. Seterusnya masukkan kiub pati ayam. Rasa dulu, jika tawar baru tambah garam.

 

9. Biarkan ayam menggelegak dan kuah sedikit kering.

 

10. Siap.

 

Kredit resipi & foto: Tengku Noruakmal

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN