Resipi Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri, Sesuai Untuk Anak Daro Belajar Masak!

Share

Zurida Hassan‎ berkongsi resipi dari arwah maknya yang lazat seakan-akan makan di majlis kenduri. Elok sangat resipi ini dipraktikkan oleh anak dara yang baru nak belajar memasak sangat mudah!

Resepi Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri

Bahan-Bahan: (untuk 1 ekor ayam)

  • Cili kering 15 tgkai
  • Cili merah 3-5 biji
  • Bwng merah 5 ulas
  • Bwg putih 3 ulas
  • Serai 3-5 batang
  • Halia
  • Lengkuas
  • Buah tomato
    *(Bahan2 diatas diblend)
  • Santan
  • sos tomato/cili
  • 4 sekawan
  • Daun pandan
  • Gula dan garam, aji klu suka
  • Minyak utk menumis

Cara-Cara:

  1. Tumiskan 4 sekawan & daun pandan,
  2. Dah agak garing masukkn bahan2 blend, biar betoi2 pecah minyak, api kena slow..
  3. Masukkan santan biar mendidih, masukkan sos, gula dan garam..
  4. Akhir sekali masukkan ayam.. Lagi lama masak lagi sedap.. Yg penting api kena slow..

Kongsi resipi: Zurida Hassan‎

IKLAN