Selain ayam goreng, ayam masak kicap, rendang ayam dan ayam masak lemak cili api, kita juga boleh cuba resipi ayam masak lemon.
Ayam ini mempunyai cita rasa unik kerana dimasukkan jus lemon dan kulit lemon. Justeru, bagi penggemar rasa masam-masam limau, sesuai sangat untuk mencuba resipi ini.
Melalui facebook, Nur Hazlina Othman telah berkongsi resipi ini. RASA kongsikan di sini untuk tatapan anda semua.
AYAM MASAK LEMON
BAHAN PERAP AYAM
400 gram isi ayam (hiris nipis)
1 sudu kecil coarse blackpepper
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil sos blackpepper
2 sudu besar kicap manis
Ads
CARA PERAP AYAM
1. Ayam digaul dengan semua bahan selama 30 minit.
BAHAN GORENG AYAM
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT
1. Gaul kedua-dua tepung dalam pinggan. Ketepikan.
Ads
BAHAN SOS
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil lemon zest/kulit lemon
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil gula perang
CARA MEMBUAT SOS
1. Dalam mangkuk, gaul semua bahan sos. Ketepikan.
Ads
BAHAN TUMIS
2 cm salted butter
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 inci halia (hiris halus, kemudian tumbuk)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak untuk goreng ayam. Ambil ayam yang sudah diperap tadi. Salut dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung. Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan. Angkat. Kalau ingin lebih rangup ayamnya, buat style korea. Angkat lima minit, kemudian masukkan semula ayam dalam minyak panas.
2. Untuk masak sos, panaskan kuali kemudian masukkan mentega. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah keperangan, masukkan bahan sos yang sudah dibancuh tadi.
Tambahkan sedikit air dalam ½ gelas. Rasa dulu. Kalau kurang rasa, tambah garam.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Kaup balik supaya rata, kemudian tutup api.
5. Siap untuk dihidang.
Sebut saja Ayam Masak Merah, ada macam-macam jenis. Ada yang masak macam sambal cili, ada yang tambah kacang pis dan ada yang tambah kacang tanah kisar. Kali ini RASA ingin kongsikan satu lagi resipi Ayam Masak Merah tapi kali ini versi bersatan dan berkuah. Sangat sedap dan korang tak rugi mencuba. Resipi ini dikongsikan oleh Datin Furyna usahanita jelita dan kecil molek ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd.
AYAM MASAK MERAH BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana
100gm buah badam | kisar
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 biji cli merah | hiris serong
2 sudu makan puri tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan cili kering kisar
2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3cm halia
2cm lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tambah puri tomato dan sos cili, kacau rata.
Tambah ayam tadi dan gaul rata, kemudian tambah air asam jawa dan santan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Anda wajib cuba menu ni, ia sangat sedap dan boleh buat lebih kerana ia bukan hanya boleh dimakan dengan nasi tetapi juga boleh dicicah dengan roti, roti canai dan cucur untuk hidangan sarapan atau minum petang anda sekeluarga. Jimat masa dan tenaga. Untuk resipi penuh anda boleh rujuk di bawah.
GULAI AYAM CINCANG BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam | potong kecil 1 biji tomato | potong empat 10 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai 3 batang serai | titik 1 kiub pati ayam 1 keping asam gelugor 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya BAHAN KISAR: 10 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos 5-6 biji cili padi 3 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 2 batang serai 4 helai daun limau purut | buang urat tengahnya 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih Sedikit belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
Setelah ayam kecut masukkan air, asam keping, asam jawa dan sedikit air.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
Gulai Ayam Cincang sedia dihidangkan.
INFO: Jika anda menggunakan ayam kampung ia lebih sedap. Atau jika ingin menggunakan daging juga boleh. Terpulang pada cita rasa.
Tiga menu ayam ini memang sedap dimakan tanpa nasi seperti ayam goreng segera yang ada kat mana-mana restoran makanan segera yang ada. Kena pulak bahagian kepak atau paha, memang boleh layan. Sesuai ni untuk hidangan potluck anak kat sekolah atau pergi berkelah bersama keluarga. Anak-anak sah suka gila ni.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!