Resipi Ayam Masak Kurma Yang Pekat & Sedap, Tak Sampai Setengah Jam Dah Boleh Siap

Share

Hidangan Ayam Masak Kurma wajiblah pekat, barulah sedap bila dimakan. Nak sediakan pun mudah. Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam, lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang. Kali ini mari kita cuba resipi Ayam Masak Kurma seperti yang dikongsikan resipinya oleh Nor Azimah Ali

RESIPI AYAM MASAK KURMA

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK DIKISAR:

1/2 ekor ayam


1/2 biji kelapa (dibuat santan) boleh juga guna santan kotak
5 ulas bawang merah –BELI ONLINE
2 ulas bawang putih –BELI ONLINE
1 inci halia seinci –BELI ONLINE
Sepotong lengkuas-BELI ONLINE

4 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah kari bancuh dengan air
Rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
1 biji kentang
1 biji bawang Holland potong besar-besar –BELI ONLINE
1 biji tomato
Sedikit cili padi –BELI ONLINE

CARA MEMASAK:

1.Tumis rempah 3 beradik sehingga naik bau.

2. Tuangkan bahan yang dikisar. Tumis hingga kekuningan.

3. Masukkan bancuhan rempah kurma/kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam. Biar isi ayam kecut dulu, supaya rempah sebati dengan isi ayam. Barulah sedap rasanya.

 

5. Apabila isi ayam sudah kecut, barulah masukkan santan, garam dan tunggu hingga mendidih.

6. Masukkan kentang, bawang besar, tomato dan cili padi.

7. Biarkan seketika. Padamkan api. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Nor Azimah Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN