Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang. Menu Popular Restoran Nasi Kandar

Share

Menu Ayam Masak Bawang Pulau Pinang ni nampak sedap dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudari Che Atie katanya menu ini adalah resipi top kalau di restoran-restoran Nasi Kandar di serata Penang. Wow…Boleh cuba ni. Cara buatnya pun mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG

BAHAN-BAHAN:

6-7 ketul ayam – gaul garam kunyit
1 biji bawang besar – mayang halus – beli online disini
1 helai daun pandan – potong 4
1 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
2-3 ulas bawang putih – kisar jadi pes – beli online disini


1 inci halia – kisar jadi pes
1 biji bawang besar – kisar jadi pes. Asingkan kisaran bawang dan airnya
2 sudu makan serbuk cili – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
1 sudu teh serbuk jintan manis dan jintan putih – beli online disini
1 sudu makan serbuk kari daging – beli online disini
1/2 sudu makan garam masala

1 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan goreng bawang yang dimayang halus hingga kekuningan. Angkat dan toskan.


2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.


3. Ambil 1 senduk minyak gorengan tadi dan tumis daun pandan, daun kari serta rempah 4 sekawan.


4. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih. Kacau sebati.


5. Masukkan pes bawang terlebih dahulu. Kacau seketika kemudian barulah dimasukkan air bawang untuk kuah.


6. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau lagi.


7. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.Kacau.

8. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Garam jangan terlalu banyak kerana ayam sudah mempunyai rasa. Gaul sebati dan biar kuah menjadi pekat.


8. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati.


9. Akhir sekali masukkan bawang yang telah digoreng. Kacau rata.


10. Ayam Masak Bawang Pulau Pinang siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Che Atie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN