Resipi ayam kurma merah ini bukan saja berbeza dari segi warna tapi rasanya juga ada kelainan berbanding masak kurma yang biasa kita masak.
Menurut empunya resipi Hajar Mohd rasanya ayam kurma merah ini cukup sedap sekali dan perlu dicuba.
5-6 ketul ayam
Rempah 4 sekawan
Daun kari
Cili kering kisar -ikut tahap kepedasan sendiri
Rempah kurma
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Gula nisan
1 biji kentang -dikupas dan dibelah
Asam keping
Santan kotak secukupnya
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih,
1 inci halia
1. panaskan minyak dalam kuali, tumis rempat 4 sekawan diikuti dengan bahan tumbuk Bersama daun kari. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga agak garing kemudian masukkan rempah kurma. Tuang sedikit air supaya rempah tak hangit.
3. Seterusnya masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih, nisan diikuti dengan ayam, kentang serta asam keping. Gaul rata.
5. Apabila ayam sudah kecut sedikit, tuang santan kotak. Kacau dan biarkan menggelegak.
6. Kemudian kecilkan api dan biarkan ia merenih. Makin lama direnih makin sedap hasilnya. Pada masa ini boleh juga jika ingin masukkan tomato, bawang yang dibelah dan cili hijau.
7. Tutup api, sedia dihidangkan bersama nasi.
Kredit resipi & foto: Hajar Mohd
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA