Makan

Resipi Ayam Kukus Chinese Style Yang Sedap & Tak Perlu Banyak Bahan

Share

Resipi ayam kukus Chinese style ini sesuai buat yang mahu hidangan sihat namun ringkas. Tanpa perlu sambal dan pelbagai rencah hidangan ayam ini mampu memberi rasa enak sekali.

Gabungan rasa kicap manis, minyak bijan, dan lada hitam memberikan perisa yang mendalam pada ayam, sementara hirisan halia dan daun bawang memberi aroma segar dan menyelerakan. Cubalah…

Resipi Ayam Kukus Chinese Style

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
1 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
2 inci halia (dihiris nipis)

Bahan Perapan

4 sudu besar kicap manis / kicap cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya

Cara Membuat Ayam Kukus Chinese Style

1. Perapkan ayam dengan bahan perapan yang disediakan selama 1 jam. Pastikan ayam disaluti rata dengan semua bahan perapan untuk memastikan rasa meresap dengan baik.

2. Letakkan ayam yang diperap dalam bekas kukusan. Taburkan hirisan halia dan daun bawang di atas ayam.

3. Panaskan kukusan dengan api yang besar dan kukus ayam selama kira-kira 30-40 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Pastikan kukusan dalam keadaan panas supaya ayam masak dengan sempurna.

4. Setelah ayam kukus siap, angkat dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.

5. Hidangkan ayam kukus ini dengan nasi panas ataupun nasi ayam.

Kredit resipi & foto: Tiesha Abdul Rahman

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose