Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar. Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit, apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru. Pasti lebih berselera dan tidak jemu dimakan. Lain dari rasa ayam goreng yang biasa kita nikmati tu. Cubalah!

 

CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam beli online disini
2 sudu besar sos tiram beli online disini
1 sudu besar sos ikan beli online disini
1 sudu kecil gula 
2 sudu besar tepung jagung beli online disini
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1.Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ia bertujuan supaya bila serai ditumbuk, seratnya jadi cantik dan panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup.

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap2. Tumbuk serai kasar-kasar sahaja.

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap3. Ini bahan tumbuk untuk perapan: bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap4. Tumbuk bahan perapan tapi tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit pun tidak mengapa.

IKLAN

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap5. Masukkan semua bahan (kecuali daun limau purut) bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan di akhir sekali.

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tidak bergumpal. Jika bergumpal, nanti bila digoreng hasilnya jadi tidak cantik.

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan.

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap8. Ayam Goreng Serai siap disediakan. Taburkan hirisan daun limau purut untuk menaikkan lagi keenakan menu ini. Aya mini juga enak dicicah bersama Sos Cili Thai.

Resipi Ayam Goreng Serai, Bukan Isi Je Best, Serdak Pun Sedap

IKLAN

Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI